Ngepeng sikit2

27 September 2011

bilik radioaktif

kisah amy dengan bilik radioaktif memang kisah lama. tak de orang berani ungkit. kalo di ingatkan kembali boleh muntah. bilik radioaktif tu memang umpama makmal terbiar seperti stadium runtuh di terengganu. takde sapa pun berani masuk. kecuali Amy radioaktif itu sendiri. oh ye. dan seorang rakan sejiwa dia. yus. 'yus pembakar line.'

dari bau dia yang boleh buat kerosakan rongga dalam, hinggalah sentuhan melekit. tilam-tilam dah separa abu. kalau di amati betul2, almari telah terhakis kerana jel geli ntah mane datang. jel geli-geli itu dulu konon nya penghapus bau busuk, kini dia sendiri dah berbau tengik. dasat tak bilik radio aktif ni.

terdapat kesan putih-putih di lantai menandakan ujian makmal gagal, lalu amy sengaja tumpahkan ke atas lantai tanda protes. akibatnya, terpijak la terpijak.. geli kat kaki kau.

satu sudut di dalam bilik itu, ade satu balang.. saya masih ingat.. balang kertas..bukan, lebih tepat namanya kotak. kotak itu memang besar. didalam nyer ada khazanah baju-baju tyvek bundle.

selepas kedatangan bemat, bilik radioaktif berjaya diputihkan dengan bantuan akmal. ya akmal. akmal yg juga seorang ketua perumahan.dia pakar nuklear. dalam isu lynas, kita telah menghantar akmal sebagai agen pemutih. agak-agak apakah tanda kejayaan ini nanti. adakah ngeri bilik amy akan kembali?

No comments:

Iklan Berbayar