Ngepeng sikit2

24 June 2011

kisah seorang gadis yang macam celaka

gua ada kenal seorang gadis ni. gua tak nak panggil dia awek sebab dia tak hot. tapi dia bajet dia hot. macam celaka kan? gadis ni gua kenal sebab dia member kepada member gua. gua kenal dia dah lama tapi gua tak amik kisah sangat pasal gadis ni sebab dia bajet dia hot. lagi sekali, macam celaka kan? dijadikan ceritanya gadis ni dulu ada boyfriend. boyfriend dia dah tua dah. kerja gomen. pakai kereta honda ej pintu 4 salin ek spec 99. tapi jodoh makhluk 2 orang ni tak lama sebab perangai si gadis tu macam celaka. yg boyfriend kerja gomen tu pun sama celaka dia. ada skandal. berigat la dengan gadis ni. si gadis ni tak tahu la apa gila dia siap pergi cari mana boyfriend gomen dia ni pergi dengan skandal tu. lu orang nak tahu mana lokasi si boyfriend tu? Ipoh brader. yang si gadis ni pulak lokasi dia? Shah Alam brader. nasib baik si gadis ni dipujuk oloh kawan2 beliau. so tak jadi la si gadis ni pergi cari sambil menangis macam mati anak dalam rumah. amacam? celaka tak? nak lagi celaka? mari kita sambung..

so si gadis bajet hot ni pun clash of the titans la dengan boyfriend gomen dia tu. berapa tahun entah couple. dalam berapa tahun entah dia couple tu, dah banyak kali dah dia clash of the titans dengan si gomen tu. dalam masa dia clash of the titans dengan si gomen, dia ada couple dengan sorang lagi mamat ni. kerja technician. diploma. tapi mamat technician ni dia anggap macam boyfriend spare part. lu orang paham tak? time dia clash of the titans dengan si gomen, maka si technician pun automatik naik taraf dari boyfriend spare part ke tahap full-time boyfriend. tengah-tengah proses couple dengan si technician ni, si gadis ni masih lagi cari balik dan berhubung dengan si gomen. konon nya nak rujuk semula la. tapi si gomen ni niat dia layan bukan sebab nak rujuk balik tapi sebab dia nak try si gadis ni je. amacam? teruja tak? sambung dulu..

apa bukti si gomen tu nak try si gadis? room mate si gadis ni pernah terbaca sms dari si gomen ni suruh si gadis ni pakai baju yang senang nak buka. siap cakap "area ari tu line tak clear la. kita cari area lain". si room mate ni terbaca sebab dia nak pinjam sms sekeping. sekali sms si gomen tu masuk. tu dia. si gomen rembat tetek si gadis bak hang! tapi si gadis ni dia layan je si gomen tu bukan sebab apa, sebab sayang punya pasal. terkenang kisah lama padahal dia yang bodoh tak sedar diri dan bajet hot. amacam? celaka tak? ada lagi celaka brader. sambung..

si gadis ni pun teruskanlah proses couple beliau dengan si technician tu. tak boleh nak tukar2 dah sebab sorang ni je yang duk gila kat dia. tapi dalam dia couple tu, dia tak sayang pun si technician ni. dia tak minat pun kat si technician. dah tu apa tujuan dia couple dengan si technician tu? sebab member2 dia couple, so dia pun couple. lagi pun si technician ni je yang duk minat gila bayang kat dia. dia layankan sahaja. si technician punya la semangat nak buat si gadis ni jadi bini sampai dia ajak mak ayah dia pergi negeri si gadis ni sebab nak merisik. pergh! gua caya sama lu technician! cakap banyak tak guna, mak ayah si gadis terima. si gadis pun terima juga. amacam? happy ending kan? rilek dulu brader..sambung lagi..

dalam 2,3 bulan selepas acara merisik berlaku, si gadis ni bersemangat cari bahan-bahan untuk bertunang. dia beli kain pasang harga RM600 untuk buat baju pertunangan. siap pinjam duit member sebab tak cukup duit. tapi tak mengapa. janji mahal katanya dia. kain murah kulit jadi gatal kalau pakai kata si gadis tu lagi. si gadis ni kalau anda semua nak tahu dia dari golongan yang boleh dikatakan berada. sebab apa? 1 bulan mak dia bagi RM1000 untuk makan minum dia sahaja. yuran belajar suku, sewa rumah suku. siap bagi kereta proton iswara lagi. si gadis ni masih belajar lagi. dia pergi kuliah pakai gelang emas 2,3 biji dan seurat rantai emas di leher. dah macam mak datin tapi bajet hot. sepatutnya si gadis nidah habis belajar tapi kuat sangat bercouple sampai kena repeat paper. final exam tak pergi sebab tak tahu ada final exam. amacam? celaka tak? ada lagi celaka brader..sabar..sambung..

proses pertunangan antara si gadis dan si technician tak jadi selepas mak si gadis cakap "cancel". nak tahu sebab apa? sebab si gadis ni mengadu kat mak dia yang si technician ni bagi teddy bear free yang si technician ni dapat dari permainan di funfair. si gadis ni juga mengadu kat mak dia yang dia rasa si technician ni tak boleh bagi rantai emas banyak2 kat dia lepas kawin. selepas keluar 2 statement power itu dari mulut si gadis ni, maka mak si gadis pun call direct mak si technician cakap "cancel". lu orang nak tahu apa jadi dengan si technician? rilek je. yang si gadis ni? sampai sekarang masih lagi berhutang dengan member dia RM950. baru bayar Rm50 je. time jadi nak bertunang tu patut si technician ni bayar tapi dah tak jadi si gadis kena bayar sendiri. amacam? tak cukup celaka ke? nak lagi? sambung dulu brader..

so tamatlah kisah si gadis ni dengan si technician. kisah seterusnya pula si gadis ni berkenalanlah dengan seorang mamat technician kurus kering tapi pakai honda civic 2.0. si gadis ni kenal si technician kurus kering ni melalui member lelaki nya yang memang ramai. biasala, bajet hot kan. si gadis ni baru kenal si technician kurus kering-pakai seluar bontot leseh-naik honda civic 2.0 baru 2 minggu. tapi dalam kenal 2 minggu tu si gadis ni dah siap convert dari prepaid ke postpaid dah dengan si technician kurus kering tu. hebat betul si technician ni. ikhlas gua cakap, si technician kurus kering ni macam mat drug. muka cekung pipi takde, jerawat batu bersepah, pakai t-shirt saiz s pun nampak macam saiz m, pakai seluar bontot tidak kelihatan, jalan pelir mara ke hadapan dulu. gua sampai sekarang tak tahu apa ilmu si technician tu pakai sampai si gadis ni berubah dalam 2 minggu perkenalan. rupa-rupanya setelah digossip-gossip oleh member2 si gadis ni, baru pecah rahsia yang si gadis ni tiba2 dah anggap si technician kurus kering ni macam boyfriend paling power sebab si technician kurus kering ni ada honda civic 2.0 dan ada apartment. apartment beli, bukan sewa. fakta baru pasal si gadis ini. gila harta rupanya.

amacam? celaka tak?

p/s: based on true story ni brader..

5 comments:

Perenang Tegar said...

Tok jupo sek2 engineer lagi tuh

sang helang said...

glory2.. mano gadis tu meh aku nk rembas emas aku ni.

Abang Mat said...

kalu jupo sek2 engineer, pakat rembat si bangsat tu nga spana ratchet!

sang helang said...

haaa... bulih doh tu jek rama2

Budak Semat said...

menatang. aku baca sapa habis. happy ending natang apa gini. sambung perabis lagi.

Iklan Berbayar