Ngepeng sikit2

Showing posts with label anih lipat. Show all posts
Showing posts with label anih lipat. Show all posts

17 October 2011

Akhirnya...


Saya dah konvo...sekian terima kasih...

12 September 2011

zaman ketamadunan manusia moden dan urban bermula di Kem 31, Bangi New City

(based on true story from the gang members of Kem 31. all of the dialogues have been converted from Kelantan style to KL Urban style)

"apa yang kau buat tu adnan saidin?" tanya gua yang baru sampai kat kem. "Shhhhh...Anippat tengah perang dunia sial!" jawab adnan saidin. "fooking hell! kau biar betul adnan saidin!!" balas gua. "kau diam la mark. dengar betul2" kata adnan saidin sambil rapatkan handphone Sony Ericsson beliau ke pintu bilik ketua kem, Umaid Peta Dunia.

"pergh. kau siap rekod tu!" jawab gua dengan terujanya. "Shh.." balas adnan saidin sambil tersenyum sinis. "Anippat ni berani betul dia masuk bilik chief Umaid. siap guling atas katil tak pakai baju pulak tu." sambung gua sambil geleng2 kepala.

"tengs. tengs. tengs. ok la. tengs. dah la. tengs ok tengs??"

gua jadi tak tahan. mulut gua dah tak boleh nak tahan dah. gua bagi signal kat adnan saidin yang gua terpaksa blah dari lokasi. adnan saidin angguk tanda faham sambil cuba untuk mengetatkan muka beliau untuk jadi serius dan meneruskan misi kemanusiaan. gua tak boleh nak jalan ke bilik gua. gua merangkak slow2. gua dah nampak bantal dan tilam gua.

"hahahahahahahahahahahahahahahaha". gua gelak panjang sambil rungkup muka dengan bantal.


p/s: video rakaman adnan saidin sangat panjang. isi kandungan padat dengan ayat-ayat urban dari Xfresh.fm.

23 August 2011

khas buat peminat Manchester United



Ini kesah pasal Busby Babes, kisah pasal budak-budak piala presiden. pasal budak-budak baru main bola. ibarat khairul fahmi baru nak bercinta. orang tak pandang pun lagi. orang lebih kenal halim napi. muka penuh parut.

Tak kenal Matt Busby? ape? Joe Amstrong? Jimmy Murphy? oi. ni kelab Manchester la! bukan Derby County. kata kelab sohor. Nelang ngguh.

Busby Babes ni di beri nama kepada group budak-budak piala presiden yang diserap masuk ke skuad senior oleh Matt Busby. Budak-budak dorang ni jadi first eleven main untuk MU. dan diorang menang Piala Kejuaraan tahun 55-56 dengan 56-57 berturut-turut.. Power tak? macam team yang ada 10 orang Izuan Solahuddin. tak muda? woi umur dorang 21 atau 22 je lah. Korunk? da bulu lebat pun main macam ismail faruqi.

Tahun 1958 tahun terakhir dorang power. sbb tahun tersebut, penerbangan Munich 1958 yang dinaiki para pemain muda ini crash. akibat nya 8 orang pemain penuh art ini mati.

Nak tahu lebih detail, korang download je movie ni, UNITED 2011 DVDrip MKV di bawah. ini berkisah kisah benar tentang Busbay Babes, dan siapa Natalie Burt. bagaimana khianat mengkhianat menghantui kehidupan Luqee Puki dan keghairahan Yusry. Siapa pula Lisa Surihani? saktikan lah!

p/s: fakta gua citer atas tu gua main bedal. gua tak tgk lagi citer ni. gua bukan minat MU. kalo peminat MU tak tgk, baik sokong DERBY.


screen shot.

link MKV:


disebabkan bahasa citer ni penuh ngan pelat, nah subtitle

06 August 2011

Ramadhan 1432 Hijrah



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

05 August 2011

Salam Aidil Fitri #1

dari kiri: ah pat, rita rudaini.

dengan ucapan: sori la aidil, tahun ni rita beraya di pasir mas. Bemat? rayo seko la.

02 August 2011

orang ketiga, dahlia teck atau kaka hering

pasar ramadan putrajaya tak kick. takde kuih. stok semua nk buat nasik kerabu nasik tomato nasik ayam. tu jer. harga tak masuk akal. mahal sehingga lima hinggit
























hahaha klik di sini

apek org kg gua. dahlia teck org kg gua.

tp kami tak pernah bukak puasa sama2.

01 August 2011

Fadhilat Terawih

Fadhilat dan Kelebihan Tarawih

Ada pun fadhilat dan kelebihan bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :-

1 Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya

2 Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin

3 Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

4 Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5 Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin

6 Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

7 Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.

8 Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam

9 Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

10 Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat

11 Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa

12 Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama

13 Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan

14 Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

15 Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.

16 Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga

17 Di beri pahala seperti pahala para Nabi

18 Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.

19 Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

20 Di beri pahala para syuhada dan salihen

21 Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.

22 Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan

23 Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga

24 Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan

25 Di hapuskan dari seksaan kubur.

26 Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun

27 Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

28 Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga

29 Diberi pahala seribu haji yang mabrur

30 Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.


walaubagaimana pun, mengikut sumber http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id29.html berkata:

Hadis fadhilat tarawih pada malam-malam tertentu adalah hadis maudhu'.
Ini sudah disahkan oleh pakar-pakar hadis tempatan, antaranya Ustaz Asri Hj Yusof (Dewan Pengajian Ibn Qayyim), alMarhum Ustaz Abd Ghani Hj Idris (Hadis2 Dha'ef dan palsu) bahawa hadis fadhilat malam2 tarawih dari Ali KW itu adalah Maudhu' (palsu). Pihak JAKIM sudah dimaklumkan akan hal ini supaya menarik balik hadis2 ini dari disampaikan baik di media cetak, elektronik atau dari ditampal di mesjid2 atau disampaikan dalam kuliah2 agama. WaLlahu a'alam
Hadis tersbt bukan hadis sahih, bermakna sanadnya ada masalah atau matannya ada yang cacat. Jika sanadnya bermasalah bermakna ia tidak sampai kepada Rasulullah s.a.w. Bahkan tidak sampai juga kepada Ali r.a. Natijahnya: Hadis berkenaan tidak dapat diterima, sekalipun ia mengatasnamakan Rasulullah s.a.w atau Ali r.a. atau lain-lain.

Iklan Berbayar