Ngepeng sikit2

01 August 2011

Fadhilat Terawih

Fadhilat dan Kelebihan Tarawih

Ada pun fadhilat dan kelebihan bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :-

1 Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya

2 Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin

3 Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

4 Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5 Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin

6 Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

7 Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.

8 Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam

9 Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

10 Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat

11 Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa

12 Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama

13 Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan

14 Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

15 Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.

16 Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga

17 Di beri pahala seperti pahala para Nabi

18 Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.

19 Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

20 Di beri pahala para syuhada dan salihen

21 Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.

22 Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan

23 Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga

24 Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan

25 Di hapuskan dari seksaan kubur.

26 Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun

27 Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

28 Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga

29 Diberi pahala seribu haji yang mabrur

30 Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.


walaubagaimana pun, mengikut sumber http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id29.html berkata:

Hadis fadhilat tarawih pada malam-malam tertentu adalah hadis maudhu'.
Ini sudah disahkan oleh pakar-pakar hadis tempatan, antaranya Ustaz Asri Hj Yusof (Dewan Pengajian Ibn Qayyim), alMarhum Ustaz Abd Ghani Hj Idris (Hadis2 Dha'ef dan palsu) bahawa hadis fadhilat malam2 tarawih dari Ali KW itu adalah Maudhu' (palsu). Pihak JAKIM sudah dimaklumkan akan hal ini supaya menarik balik hadis2 ini dari disampaikan baik di media cetak, elektronik atau dari ditampal di mesjid2 atau disampaikan dalam kuliah2 agama. WaLlahu a'alam
Hadis tersbt bukan hadis sahih, bermakna sanadnya ada masalah atau matannya ada yang cacat. Jika sanadnya bermasalah bermakna ia tidak sampai kepada Rasulullah s.a.w. Bahkan tidak sampai juga kepada Ali r.a. Natijahnya: Hadis berkenaan tidak dapat diterima, sekalipun ia mengatasnamakan Rasulullah s.a.w atau Ali r.a. atau lain-lain.

No comments:

Iklan Berbayar