Hikayat. great story, innit? to the administrator of this blog, Jeri "Nancy Boy" Jedison, i think you should promote the "Hikayat" to Pustaka Aman Press or Pustaka Seri Intan. published it. "Hikayat" might be the Kota Bharu's best seller novel of all time.
Ngepeng sikit2
06 February 2011
Addicted Swimmer
in my humble opinion, i think that Addicted Swimmer has a great future in novel writing and something2 like that. why? because he is damn good. he's using languages that none of the Pauh people had ever thought off. brilliant? fuck no. he's a bloody genius for fuck's sake !
laporan sukan daerah bersama Bro Mat You ( Abe Mat Mung)
pada 2hb Februari 2011, telah berlangsung satu perlawanan persahabatan di antara Sinar Harian Kelantan FC menentang Staff Penjara Pengkalan Chepa FC. perlawanan dilangsungkan di padang penjara Pengkalan Chepa (Sinar Harian tiada padang sendiri) yang bermula pada pukul 5.45 petang.
perlawanan ini berkesudahan dengan Sinar Harian Kelantan FC tumpas 2-3 di tangan Staff Penjara PC FC. gol2 pasukan Sinar Harian Kelantan dijaringkan oleh striker dari Tumpat, Mat Din Sumbak dan backup striker @ midfielder lari posisi @ left winger berat perut iaitu Abe Mat Mung sendiri. gol2 pasukan Staff Penjara PC? mapuh gi la. duli taik aku.
berbalik kita kepada pasukan Sinar Harian Kelantan FC. jaringan pertama oleh Mat Din Sumbak sangat kemas. rembatan deras kaki kanan dari bucu kiri kotak penalti masuk meluru ke hujung belah kanan atas jaring gol. laju. striker ini pun laju. memang laju. paling laju dalam pasukan SInar Harian Kelantan. tak padan dengan umur 34 tahun.
habis dengan gol pertama. gol kedua? aku bagi hint. through pass, kaki kiri. boleh bayang? wajib tak boleh bayang sebab tak pergi tengok. kan? tidak mengapa. aku ada cerita dia. rembatan not-so-kencang-tapi-not-bad-try kaki kiri Abe Mat Mung hasil through pass dari kapten pasukan, Mat Jeng Chargeman. rembatan kaki kiri paras bahu-tak laju-tapi-makan-dalam itu masuk ke sebelah kiri gawang gol yang tidak tercapai akal dan tangan goalie untuk menepis nya.
despite that great goals, Sinar Harian Kelantan tetap kalah kerana kurang stamina belaka player2. gu lawan body sikit, mepeh pah tepi. body sikit, make tanoh. body sikit, berseret kulit. it's okay lads. we are men. men and body contact can't be separated. if we are separated, that makes us one of 'em Nancy Boys. savvy?
derby seri, ManU? ooo kalah..
hahaha dua berperkara ini adalah sekian lama..
setelah sekian lama asyik kalah... semalam derby seri.. haha.
cool what?
setelah sekian lama jugak asyik menang je..bajet hebat..
semalam ManU kalah.. hahaha..cool ke? gampang jer ..
Labels:
bola sepak lancau,
derby county,
MU suck
05 February 2011
Hikayat episod 2
Sepurnama sudah mereka menghayun kaki. Segala apa yang ada dalam belantara sudah ditempuhi. Berpuluh-puluh tubey sudah dinaiki dan dituruni. Sedozen dua bukit sudah mereka rungkas. Sungai apa belum diharung? Bergelen-gelen peluh terembes. Masin, tawar, manis, masam, kelat, segala-gala sudah dirasa. Dahulu kulit putih, sekaran menjadi kuning langsat. Hamba Durjana dari hitam menjadi hitam pekat. Melihatkan kompleksi yang semakin berubah, Hamba Durjana murung sepanjang perjalanan. Pendekar Dugung berulang kali menenangkan sahabatnya, "Yang hitam itu daki sahaja, lepas mandi tentu tuan hamba kembali putih berseri. Tapi jangan lupa gahar sekuat hati dengan sabut kelapa. Jangan risau." Hamba Durjana berdekeh-dekeh ketawa. "Sekarang orang pakai body-scrub tuan hamba, beruk sahaja guna sabut kelapa, keh keh keh." Pendekar Dugung diam. Dalam hati dia mencarut sepoi-sepoi.
Mereka berdua terus menlangkah kaki membawa body yang tough. Penat lelah semakin terasa. Semakin jauh berjalan mereka semakin kurang bercakap. Nyamuk nyamuk, pacat lintah mereka sudah kebal. Kadang-kadang kalau ada binatang liar melintas lalu, Hamba Durjana hanya membuat bunyi shuh-shuh. Lari cuda segala harimau, singa, beruang dan dubuk liar demi mendengar suara Hamba Durjana yang lunak-lunak parau itu. Pendekar Dugung dan Hamba Durjana hanya berkomunikasi dengan keluhan sahaja. Kalau keluh itu dua harakat panjangnya, tanda salah seorang mahu berhenti melepaskan lelah. Keluh pajang empat harakat tanda mahu mengkada hajat di perdu pohon. Keluh enam harakat dan keatas itu mengada-ngada najis kerbau sahaja adanya. Sesekali Pendekar Dugung meludah kahak, sudah rutin. "Membazir kalori sahaja," bisik hati kecil Hamba Durjana.
"Huh....".
Hamba Durjana tersentak. Dia memandang Pendekar Dugung sambil menggaru kepala. Satu harakat sahaja keluhan dari Pendekar Dugung. Bingung kepala Hamba Durjana.
"Assalamualaikum." Pendekar Dugung memberi salam. Hamba Durjana koho bingung kepala. Dipandangnya Pendekar Dugung dari atas sampai bawah. "Sudah hilang akal agaknya baso ini." dia berkata perlahan. "Waalaikumussalam....," jawab Hamba Durjana dengan nawaitu bermain angin sahaja. "Heh,".... Pendekar Dugung menjentik telinga temannya. Seraya dia memberi isyarat kepada Hamba Durjana dengan anak matanya ke arah satu sosok yang sedang meniting bola.
Kelihatan seorang pemuda sedang meniting bola. Dia kelihatan sungguh khusyuk dengan pekerjaannya. "Assalamualaikum orang muda." giliran Hamba Durjana memberi salam. Kali ini lagi lantang daripada salam Pendekar Dugung. "Orang muda, jauh lagikah hamba berdua ke gua tempat Petapa Kelisa?," tambah Hamba Durjana. "Walaikumussalam...... satu juta satu...... satu juta dua.....," balas pemuda tersebut tanpa memandang mereka berdua. Dia semakin khusyuk menghitung dan meniting bola. Hamba Durjana pula sedang menghitung sabarnya yang semakin menipis. Pendekar Dugung sedar akan perlakuan temannya namun tidak mengambil tindakan lanjutan.
"Satu juta empat........ satu juta lima..... satu juta enam...." pemuda tersebut masih dengan bolanya. Hamba Durjana membuka langkah. "Satu ju...."
PANG!!! Belum sempat bola itu jatu ke kaki pemuda tersebut, kaki Hamba Durjana terlebih dahulu sampai. Seperti bedil stadium, bola tersebut memecut ke atas. Dalam setengah batu ke udara, bola itu meletup sendiri. Betul-betul seperti bedil stadium. Pemuda tersebut terpengun lalu jatuh terduduk. "Orang muda seperti tuan hamba cukup sampai sejutanam sahaja. Kalau mahu lebih, hamba boleh tolong sambung dengan badan tuan hamba. Tuan hamba sudi?" Hamba Durjana bertanya dengan bengis dan sinis. Pemuda tersebut yang masih terduduk dan terpegun, menggeleng-geleng kosong. "Kui kui kui.... maafkan teman hamba ini ya orang muda. Kalau boleh, boleh tuan hamba beritahu hamba berdua mengenai gua Petapa Kelisa sekiranya tidak keberatan?" Pendekar Dugung mencelah. Padanya, orang muda seperti ini mesti diajar tatatertib dan toma'ninah. Selain itu, boleh Hamba Durjana melepaskan kemarahan.
Pemuda tersebut bangun perlahan-lahan. Dia mengkuis-kuis bahagian punggungnya yang kebas akibat jatuh. "Dekat sahaja. Ikut hamba." jawab pemuda tersebut pendek. Dia memulakan langkah. Pendekar Dugung dan Hamba Durjana hanya follow dari belakang. Tidak sampai seratus ela berjalan, mereka sampai ke satu perkarangan gua. Sampai sahaja ke perkarangan gua tersebut, pemuda tadi lari dan terus masuk ke dalam gua yang terletak kira-kira 15 langkah setengah dari Pendekar Dugung dan Hamba Durjana. Tanpa mengesyaki apa-apa mereka berdiri sahaja di perkarangan tersebut adanya. Dalam perkarangan gua tersebut, satu kolam koi tersergam indah dengan sedozen ikan koi sedang berenang riang. Di pintu masuk gua pula, sepasang murai bukit sedang bercanda dalam sangkar ukiran bermotif sawah padi. Tidak jauh dari pintu gua tersebut tergantung satu ceper Astro. "Boleh tahan juga orang tua ini," desus Pendekar Dugung.
Tidak lama selepas itu muncul seorang tua dari pintu gua tersebut. Dia melangkah berhati-hati sambil mengemaskan galas kain sarung chap Gajah Duduk. Walaupun tua, badannya masih kelihatan fit dengan urat berselirat dan otot-otot pejal tersembul keluar. Di dada terpampang selirat parut sepanjang dua jengkal akibat satu pertempuran sengit. Di belakang orang tua tersebut kelihatan pemuda tadi menyusul perlahan sambil memeluk tubuh supaya kelihatan manggok. Pantas Pendekar Dugung memberi salam. "Petapa Kelisa?" tanya Pendekar Dugung. "Waalaikumussalam," jawab orang tua itu pendek namun tidak mengendahkan soalan tadi. Dia hanya kelihatan bersiul-siul kearah pasangan murai bukit di hadapannya.
Teringat sesuatu, Pendekar Dugung tersengih nipis. Pantas dia menempik, "Gocoh nate!!." Hamba Durjana terkejut akan kelakuan temannya itu. Orang tua tadi tersenyum lebar pula. Sambil ketawa kecil, dia menoleh ke arah pemuda di belakangnya. Selepas itu dia mengecah keting pemuda tersebut seraya berkata, "Aku suruh sambut rai sek ni berdua. Mu pula pergi titing bola." Berpaling balik kepada Pendekar Dugung dan Hamba Durjana dia mengajak mereka berdua masuk ke dalam gua. "Aku sudah sera kamu berdua sampai pada hari ini, heh heh heh," kata Petapa Kelisa sambil menunjukkan jalan ke dalam gua tersebut. Pendekar Dugung sambil melurut janggut kagun akan ketinggian ilmu milik Petapa Kelisa.
Di depan pintu gua, pemuda tadi masih mengusap-usap ketingnya yang dicah oleh Petapa Kelisa. Melihatkan gelagat pemuda itu, Hamba Durjana tersenyum sinis.

Hikayat-hikayat,
Laporan dari India
duta puma

tu dia..abe kito.. si apek kini bergelar duto puma..
sarung tange puma.kasut puma. tu baju petok2 tu puma.sluar jeans puma.
ibarat kato.. semo puma..
bereh apek... demo sedak jago gol..
kasut lamo apek asics meroh tu sipe dale guni dumoh dio doh.. wat ayey telor.
puma puma jugok. jange mapu mapu sudoh.
bukulali:gamba apek aku curik dale facebook dio. so jange repot ko dio.
Subscribe to:
Posts (Atom)