Ngepeng sikit2

25 December 2011

Kisah FA Kelantan vs Persebaya FC

Selamat Sejahtera semua...hari ini kita akan melihat sedikit imbasan bertulis tentang perlawanan Piala Unity/Permai antara jaguh Liga Super 2011, Kelantan dan tim dari seberang selat Melaka sana,Persebaya FC.

Cuaca pada hari perlawanan adalah sgt baik seperti dikahabarkan oleh Azlan Johar dan Jenal Rawop dan ada tanda2 hujan akan turun.Sokongan penyokong serta ultras adalah seperti skalo di stadium keramat ini.Turun selaku reputasi juara liga dan keberahian penyokong ingin melihat aksi kompetitif pertama awang import yang dipancing pada awal November lalu membuatkan ramai tidak sabar melihat game ini.Di kedai2 lanun jersi juga sudah mula dijual jersi Ghaddar,Antwi,Okine dan Charara.Tapi belum mampu mengatasi rekod jualan jersi Mat Yo bagi Kelantan dan duo S (Safiq dan Safee) bagi Harimau Malaya(sumber kedaijersirantaupanjang.net).Ok match ini menggunakan bola Nike yang baru.

Kelantan mengenakan jersi merah mereka yang lama manakala Perseb warna hijau.Kelihatan Subra agak petah melaungkan lagu Selamat Sultan.Tanda baik bagi pemakan pucuk terey cicoh budu poyok tegar sepertinya.Berehs.Bola bermula.Jom.

Kelantan menggunakan taktik serta menurunkan pemain2 yang rata2 ada pengalaman dengan trio serangan yang agak menarik (Antwi Mat Yo Ghaddar).Di mana individu Antwi dan Mat Yo bakal mencorak serangan sementara menunggu sapot dari Indra Farhan manakala Okine akan kekal di middle selaku gatekeeper aka jong kuca.Ghaddar pula diharapkan dapat membuka ruang pertahanan serta mengumpan pertahanan bagi membuka lebih ruang di bahagian pertahanan.Bagi pertahanan pula..Subra dan Azizi dilihat cukup teguh manakala Daudsu dan Mat agak stabil walaupun sesekalo tidak mampu membaca gerakan badan winger Perseb yang lincah dan berakselarasi tinggi.Apa yang merencatkan game adalah layangan 2 kad merah dan permainan kasar yang seharusnya tidak berlaku pada bola sepak pro ini.Ramai yang mengatakan penyudah tumpul serta komunikasi lemah antara pemain dan pemain lama adalah lebih bagus dari pemain baru.Ini adalah sesuatu yang sangat biasa pada saya kerana kerancakan sebenar belum bermula lagi.Walhalpun,kita mempunyai peluang2 serta gerakan2 yang sgt menarik.Gerakan serta cara itu adalah yang utama sebelom gol.dan untuk itu saya melihat Kelantan ada peluang untuk mengekalkan juara Liga Super.Pujian pada malam itu harus diberi juga kepada Perseb dimana pemain mereka rata2nya laju serta cepat menutup ruang dan taktik menggunakan lone strike Barisic di depan begitu membuahkan hasil kerana mereka dapat memadatkan bahagian tengah serta mengunci segala pintu untuk lorongan2 bagi overlap oleh bek kiri kanan.Bagi saya game ini adalah sangat seimbang bagi kedua2 pasukan namun bagi pencabar Liga Super lain,anda harus lebih berusaha kerana setakat ini saya melihat Kelantan masih lagi mampu menyerap asakan pasukan selaju Perseb dan belom ada setakat ini pasukan yang mampu bermain selaju itu di Liga Super kecuali zaman Bambang n Elie Aiboy bagi Red Giants.Ape pon..gol Indra datang dari tuah,gol Andik datang dari kelicikan winger muda TIMNAS Garuda itu.

Line up malam itu.

Okine(Adidas Adipure iv) Azizi (Adidas Adizero f50) Subra(Adidas Adizero f50)
IndraPutra(Adidas Adizero f50) Syazwan(mb Umbro GT yellow) Antwi (Adidas adizero miCoach)
Ghaddar(Nike MV VII) Daudsu(Adidas adizero micoach)Farhan(Adidas Copa Mundial)
Matyo (Adidas adizero micoach) Mat (Adidas Adizero f50)

Kasut Pilihan:

Kelantan: Shakir Shaari : tak pasti Adidas Adipure IV Blackout(stail Xabi Alonso) ataupun Puma King Finale Blackout

Persebaya FC: Amaral NO4 : new Mizuno Morelia Neo ( seperti dipakai Hulk FC Porto)



2 comments:

sang helang said...

kemah keming kasut dio

WardenPauh said...

review game ko kasut ni?

Iklan Berbayar