secara perlahan wanita itu berjalan masuk. setiap langkah dia di iringi dengan cahaya kelip-kelip. serabut betul orang job ni. seperti kilat sabung menyabung. para wartawan pro kerajaan memang laju. pasti cerita gempak sahaja akan dicatatkan. cakap lebih.
budak-budak ramai histeria. menjerit. melalak.menghulur tangan konon nak 'high-5' sedikit sedikit dari jauh kedengaran jugak bunyi boo. sipi-sipi aje.
dari sudut perdepangan. aku nampak wanita tu melangkah stret depan aku.gemuk. rambut keras. melalui liku-liku wartawan bolok-wok ini, aku berlari laju. lebih laju dari benouyin pemain arsenal tu lari.setiba beberapa langkah nak sampai kepada wanita itu, aku melompat. melompat selaju mungkin. dan ku halakan kaki kanan ku.
padu di perut tapak kaki itu bertemu. rebah seperti baru lepas main.
"kau ingat.. kau ingat.. " sambil menuding jari telunjuk.. aku buat muka bengis.
kelihatan polis mula kalut. huru hara budak budak lain mula bingit.namun aku tenang tapi berdebar.
aku keluarkan sebatang rokok dan lighter criket. sambil menyucuh rokok dan menyedut asap. aku dengar org panggil aku dari arah belakang.. "hoi"
sedang aku berpaling..
"paaannggg!!"... semuanya gelap.
No comments:
Post a Comment