Ngepeng sikit2

16 October 2011

khurafat dalam bola



sepanjang karier saya melihat bola sepak moden ini,  saya terkelih ada beberapa perkara khurafat moden yang di lakukan sebelum,ketika dan selepas perlawanan bola sepak. saya kurang pasti adakah perkara-perkara ajaran sesat ini dibawa dari barat atau ciptaan orang tempatan.

sium tiang gol. antara nya selalu dilakukan oleh penjaga gol untuk mengekalkan kekebalan gol dari di bolosi. konon lah sangat nyer kalau di sium tiang gol itu, tiang gol akan memahami maksud tolong jangan bagi bolos. haha..

cium bola. perkara ini pula merujukan kepada mengharapkan sesuatu magik berlaku. cium pada bola sbelum menyepak stop ball dengan harapan bola itu dapat masuk gol. pelik kan? tapi benar.

touch the goal net. ok khurafat ini pula cara mematikan atau memusnahkan sumpahan gol takkan dibolosi yang telah dikunci. jika bola susah sangat nak masuk gol. pemain bola akan gebang-gebang jaring gol seperti menghalau jin yang menjaga pintu gol.

mencurahkan air minuman dalam gol. saya tengok jarang berlaku yang ini. tapi ada. pemain mencurahkan air botol dalam gol dengan harapan ianya adalah jampi sure kebal gol tak masuk ini. tapi pada saya ia lebih kepada kufur nikmat. air ko curah-curah merata. buang rezeki dowh.

cium padang. ini pun selalu ada. pasukan yang menang dalam perlawanan.. sujud mencium padang. udah lah membelakangi kiblat. hish..

gantung kain di gol. dalam beberapa perlawanan bola sepak tempatan. ada pemain yang percaya bahawa jika terdapat kain dalam kawasan gol. kain itu adalah kain sakti. gol itu tak boleh ditembusi.

menyembah bumi. ok yang ini, takle tak kene. atau takle tak parah pun. tapi dia punya jatuh. umpama nak mati. macam kaki dah patah. dilakukan dengan harapan dapat free kick, foul, card, penalti. oh ni kira khurafat gak ke?

p/s: hihi gambar awek bikini main bola takde kaitan. saya google cari tak jumpa.

Iklan Berbayar