Ngepeng sikit2

16 September 2011

Jerand Dugs go to Burger King part 3

Malam tu aku masih penat penat lagi baru balik dari carboot sale di UM. Banyak barang aku bawak nak jual, tapi alarm clock je yang lepas. Tu pun lepas aku tengking budak shuffle nak beli 5 ringgit je. "Brand Sony ni bro, antenna pun xcabut lagi. Warranty ngan kotak gua tolak skali. Kedai pun nak 80 ringgit!!" Aku kasi cukup cukup nak suruh mentalilti melayu-susah-cari-makan keluar dari kepala otak budak shuffle tu. Lepas lap air mata, budak tu jalan slow slow sambil menginsafi kesalahan diri sendiri. Pastu ada akak nak beli 15 ringgit, tak ada tawar menawar, terus aku lepas dengan berbesar hati.

Dalam pukul 1030 malam, Jerand msg aku. "Wei dugs, aku ada kat area S. Alam ni. Jom pekena kopi." Aku jawab " Mai amik aku ah, pastu kita gi Nawas." Dekat tengah malam Jerand sampai dengan Ferrari beliau. Terus gi Nawas. Bicara bicara ilmiah tak akan makan masa sejam dua. Dekat subuh baru Jerand sound "Wei, malas pulak nak drive Ferrari gi Bangi. Aku tido rumah kau je lah." Aku fikir lama sikit, mengamati setiap pilihan yang ada.

"Bilik aku, kira kira ada dua jengkal je ruang nak tido." aku menerangkan keadaan bilik. Aku baru sahaja menamatkan perguruan dan dalam proses hendak berambus dari daerah puaka ini. "Selamber, aku ni komando terlatih." ujar Jerand selamba. "Wei Jer, esok aku ingat nak ikut kau balik Bangi lah. Tak tahan aku duduk daerah sialan ni lama-lama", aku mengeluarkan kondisi. "Takde hal." jawab Jerand.

18 jam kemudian di Kem Pauh-31, Jerand ajak aku pekena Burger King tengah malam buta.

"Biar betik bro, area lu ni takde begeking 24/7. Kita gi Mekdi aja," aku cuba mengeluarkan idea yang agak bernas. "Ahhh, bosan ah nak-nak ari pekena bubur ayam Mekdi, gua lapar wuper ni." tegas Jerand sambil memberikan penjelasan. Hujah Jerand itu ada benarnya. Apa barang pekena Mekdi depan rumah. Tak adventurous lansung. Sambil sambil membetulkan boxer ketat, aku berdiskusi ilmiah dengan Jerand. Adnan Saidi baru sahaja pulang dari bermain bom tangan, mengecualikan diri beliau dari ajakan Jerand. Penat katanya.

"Aku baru balik dari S. Alam. seksyen 13 tu tempat aku bertempur dengan jin-setan. Ikutkan hati, haram aku nak jejak tanah puaka tu balik," aku berkata. " Petronas Gombak dengan Taipan ni sama jauhnya dari kem Pauh-31," Jerand mengeluarkan buah fikiran, setelah mendapat tunjuk ajar dari Peta Dunia. Tetapi beliau gagal dalam memberikan tunjuk ajar macam mana jalan ke Petronas Gombak mahupun Taipan kepada Jerand.

"Kita ke begeking Taipan. Sekurang kurang di situ agak happening juga berbanding dengan Petronas Gombak. Jika kita gagal misi begeking Taipan, kita back-up dengan begeking sek 13 Shah Alam. Tidak jauh rasanya," Jerand memberikan kata putus. Demi sahaja mendengar back-up plan Jerand, aku jadi seram sejuk. Sek 13 Shah Alam bukan tempat boleh diambil ringan. Sudah ramai teman seperguruan aku tewas di situ. Bagai berenang di sarang jerung. Namun itu back-up plan sahaja. " Harap - harap misi begeking Taipan ini jadi sekali harung sahaja," hati kering aku berkata.

1 comment:

sang helang said...

hahaha.. jual komik kat carboot sale ko?

Iklan Berbayar