Ngepeng sikit2

04 August 2011

Barcelona pun join Herbalife... anda bila lagi?

Herbalife ni bagi barang siapa yang tidak mengetahui lagi adalah pengeluar produk2 kesihatan yang menjadi kegilaan manusia yang ingin menurunkan jisim badan. Ia juga mempunyai modus operandi secara MLM ( Multi-Lipat Manusia) yang mempunyai ejen-ejen berkaliber tinggi dari seluruh dunia. Tidak seperti Luxor yang mempunyai menara sendiri, Herbalife lebih selesa menggunakan model model yang mempunyai bentuk tubuh yang boleh menggugat iman lelaki mahupun wanita. Herbalife juga mempunyai pendekatan yang lebih global iaitu menganjurkan Herbalife World Football Challenge. Nampaknya pasukan terbaik dunia pun telah dilipat dengan hebat oleh Herbalife apabila dibelasah dengan cemerlang oleh pasukan dari negara buruh Mexico yang membuah comeback pada 30minit terakhir perlawanan. Pep-G juga dilipat.

No comments:

Iklan Berbayar