Ngepeng sikit2

19 May 2011

Hikayat episod 4


Pendekar Dugung merampas kembali keris keramat dari Hamba Durjana. "Haish, main-main pula tuan hamba. Keris keramat ini jangan diambil ringan. Jangan-jangan ada bisa keris terlekat di jem nenas tadi, cerah perut tuan hamba nanti." Pucat lesing jua muka Hamba Durjana setelah mendengar amaran Pendekar Dugung. Dia meludah bertubi-tubi ke lantai ingin membuang sepalit jem nenas yang dicolek tadi.

"Keh keh, kamu berdua ini nyata masih muda, usah hugoh.... usah hugoh. Tiada go satu pun di keris aku ni." jelas Pendita Kelisa sambil menghabiskan roti jem nenas tadi.

Muka Hamba Durjana kembali tenang mendengar kata-kata Pendita Kelisa tadi. Direnung tajam muka Pendekar Dugung. Pendekar Dugung cepat-cepat mengalihkan pandangan, malu akan kecetekan ilmu yang miliknya. " Keliru hamba akan tuan pedita. Mudah-mudah membuat keris keramat sebagai pisau roti. Tidakkah keris sekeramat ini boleh dibuat sebegini." ujar Pendekar Dugung.

"Aku oyak dah kamu berdua masih muda. Tujuh puluh tahun sudah keris ni berkhidmat dengan aku. Aku tahulah apa boleh apa tidak boleh. Huh, tujuh puluh tahun dih....." kata Pendita Kelisa. "Sungguh aku ok sahaja memberi keris keramat ni pada kamu. Tapi aku ada so sahaja syarat kalau kamu mahukan keris keramat ini."

"Apa sahaja syarat tuan pendita," jawab Pendekar Dugung. Hamba Durjana pula tiada segan silu mengambil sekeping roti dan memasukkan rakus roti tersebut kedalam mulutnya.

"Syarat mula-mula, anak murid aku yang aku cas keting tadi Suhaimi Rimba namanya. Aku mahu kamu bawa dia dengan sek kamu. Dulu dia bersungguh mencari aku nak menuntut ilmu. Tapi aku lama dah pencen dari dunia pendekar. Namun aku ajar jugak budak tu semua ilmu yang aku tahu." Pendita Kelisa menjelaskan syaratnya kepada Pendekar Dugung. Pendekar Dugung terdiam.

"Tapi kalau dia sudah ada semua ilmu milik tuan pendita, apa manafaat lagi kalau dia mengikut hamba berdua?" tanya Hamba Durjana.

"Ilmu sahaja tidak kenak ya orang muda. Sejak dia menuntut dengan aku, gua ini sahaja hidupnya. Kalau bosan dia titing bola. Ilmu tiada amali tiada gunanya. Ambil lah, bawa dia melihat dunia, bui peluang dia guna ilmu yang aku ajar. Aku ini pencen secara rasmi, tidak boleh lagi terlibat dalam dunia pendekar luar dari gua ini." terang Pendita Kelisa.

Pendekar Dugung mengangguk faham. "Boleh sahaja, apa salahnya. Jika itu sudah syarat tuan pendita, besar hati hamba turutkan."



Di banglo mewah milik Orang Kaya Penjual Mangga, kelihatan Pahlawan Diba sedang berlari-lari kecil dari dapur ke ruang tamu. "Mana pulak orang tua ni," hatinya berkata. Ketua khadam baru sahaja pulang dari kedai nasi kukus bersama pesanan tadi. Makan tengah hari sudah tersedia, sekarang tuannya entah kemana. Dicarinya Penjual Mangga di kamar tidur, tiada. Di cuba pula di beranda tadi, juga tidak kelihatan. "Haih, kalau aku makan seorang boleh faedah pula. Sudahlah dia tidak senang hati dari tadi, jangan ditebeng." Pahlawan Diba berkata sendirian. Dia berhenti sekejap memikirkan kemana jadah Penjual Mangga berada. "Hah!", dia menempik kecil. Perlahan dia berjalan ke kamar peribadi milik Orang Kaya Penjual Mangga. Kamar peribadi itu sangat rahsia lokasinya, walaupun letaknya di dalam banglo mewah itu jua, namun kecuali Orang Kaya Penjual Mangga sendiri, hanya Pahlawan Diba sahaja tahu di mana letaknya kamar peribadi tersebut.

Sampai ke pintu rahsia kamar peribadi tersebut, Pahlawan Diba cermat mengatur langkah. Kelihatan pintu kamar tersebut terbuka sedikit. Di selaknya perlahan. Di dalam kamar rahsia tersebut tersusun ribuan kitab-kitab dan roman-roman milik Penjual Mangga. Di satu sudut dinding kamar tersebut, satu poster Megat Nordin tergantung dari dinding ke lantai. Sebuah meja pool siap dengan stick dari gading gajah dan bola-bola tersusun. Orang Kaya Penjual Mangga kelihatan sedang duduk di kerusi mahoganynya sambil memegang sebilah parang dua hasta panjangnya. "Orang Kaya, ketua khadam sudah pulang bersama nasi kukus. Apa lagi..." jemput Pahlawan Diba ikhlas.

"Hah, Mat Diba, ini Kelewe Pelipat milik guru hamba. Sudah lama tangan hamba tidak memegang kelewe ini. Kelewe ini diwar-warkan sebagai antara senjata paling beharga dan keramat di Tanah Meseng." kata Penjual Mangga sambil membelek-belek Kelewe Pelipat. "Walaupun sudah banyak kali hamba melihatnya, hamba masih kagum akan kecantikkan reka bentuk kelewe ini. Sempurna, tiada cacat cela." kata Penjual Mangga lagi.

"Tidak salah jika dinobatkan Kelewa Pelipat ini adalah senjata terhebat di Tanah Meseng ini," ujar Pahlawan Diba pula. Penjual Mangga tertawa kecil. "Sudah ramai orang memuji senjata ini dengan seribu pujian. Semua sudah hamba dengar wahai Mat Diba. Tetapi semua senjata di dunia ini disandarkan pada satu nilai yang muktamad. Setiap senjata perlu memiliki satu nilai ini, barulah senjata ini berharga. Barulah kita boleh memanggilnya dengan pelbagai gelaran lagi. Hanya satu nilai ini sahaja. Tuan hamba tahu apakah nilai itu?' tanya Penjual Mangga pada Pahlawan Diba.

Pahlawan Diba diam sahaja.

"Senjata akan dinilai pada kebolehannya memisahkan nyawa dari tubuh. Itu sahaja nilai muktamad setiap senjata, Mat Diba. Tuan hamba sudah tahu akan gelisah hati hamba sejak dari pagi tadi. Tetapi bila tangan hamba sentuh sahaja Kelewe Pelipat ini, hati hamba kembali tenang. Adakah tuan hamba mengerti maksud semua ini?" terang Orang Kaya Penjual Mangga.

Pahlawan Diba menelan air liur. Sememangya dia faham maksud kata-kata Penjual Mangga.


1 comment:

Anonymous said...

sy suka citer hikayat.. nak lagi nk lagi.

Iklan Berbayar