Ngepeng sikit2

23 April 2011

Review: Kelantan vs.Perlis

salam ceria peminat sukan bola sepak.hari ni kita akan membicarakan tentang perlawanan hangat malam semalam antara Kelantan dan Perlis di SSM4.Cuaca agak baik untuk game malam itu namun wartawan agak lambat kerana BLM R3 tersangkut dek kereta Arena bawak ikan yang rosak di pala ghertack pertama sebelah Tesco (sila teka namanya).Sampai saja kita beli air leci n dibelanja oleh "orang sales" medic medic kepok gotel besar lengan yang rapuh sebanyak RM3(kalu KL ni,mesti RM6).Tiket sudah ada,lepas kene koyak oleh Abe Rela pegang star wars pendek, maka bermulalah review.

Datuk K kali ini mencorakkan barisan yang kita boley katakan 2nd first eleven.Hmm?Hahaha.Ini kerana next game adalah bertemu Selangor di laman sendiri barangkali.Azwan Roya n Rizal direhatkan tetapi orang2 penting tetap bermain.Kay menurukan Izuan solahudin aka Solah di tempat Roya dan Subra di tempat Rizal.
Bagi Perlis mereka hadir ingin mencuri satu mata kerana tahu,di sini adalah misi sukar bagi mana2 pasukan termasuk pasukan2 luar negara.Mereka tahu aura ini sudah tiada di Kangar.Ultras dengan Al Jabbar Gendang telah lama berdentum(stamina drummer Ultras boley tahan,jangan nanti jamming lagu Pray sudoh la).Kita terus ke goldan ulasannya.

Gol Pertama: Ia hadir di sebelah kanan gol Perlis.Bermula dari hantaran kedalam,Mat Yo melihat pergerakan Solah yang masuk ke dalam box,dan melorongkan kepada Solah.Solah melakukan body trick sikit dan melengkungkan bola menuju far post Perlis.Teknik sepakan Solah harus dipuji kerana jika dilihat dia melakukan scoop pada hujung bootnya untuk memastikan bola itu jatuh di penjuru hujung gol Perlis.Satu gol menarik daripada Solah dan mengingatkan kepada stail IndraPutra.

Gol Kedua: Daudsu adalah wingback yang bagus untuk menyerang kerana dia bijak melakukan crossing dan crossingnya juga sentiasa naik ke dalam box serta jika dibiarkan cross itu,ia melebihi far post(bermakna cross itu sampai dan sesuai untuk ditanduk atau bagi wing yang lari dari belakang ke dalam box).Setelah dilorongkan,Daudsu mengcross kepada Mat Yo dan jika dilihat first tachnya,ia memang sangat baik di mana mengubah haluan defend Perlis dan melihat itu, satu step, kuasa diletakkan pada perot dan dijanakan kepada peha terus ke kaki.Bangg,bola paras lutut masuk gol.Kencang penangan Adipure 4 Merah.

Gol Ketiga: Lebih kurang sama dengan gol tadi, Daudsu cross rendah kepada Piya yang datang dari tengah.Piya bijak menahan bola itu dan change sida ke sebelah kiri kerana melihat defend Perlis sudah terbaring di depannya.Satu tapping,gol ke 3.Game Piya malam ni macam suam2 mungkin kerana nak play safe kot.Tapi nampak was was dia.Ada can kenduri ke ea.?

Gol keempat: Nizad masuk sebagai striker muda Kelantan yang baru kerana Kay merehatkan Ramzul yang nampak kurang menjadi mungkin baru kembali dari kecederaan.Ijad kelihatan sangat bertenaga mungkin kerana tiada tekanan untuk menambah gol kot.Bermula dari Mat Yo yang di pom oleh fans soh wat solo.Dia brek masuk dalam sket,cross mencari Danial.Danial agak kurang saiz sket,tapi dibelakangnya ada Ijad.Ijad menahan dengan baik dan melakukan tapping menggunakan inner side.Bola deras.Masuk.Sebelum itu Danial melakukan rembatan cantik dari luar box.Bola memang nampak sangat kelas dari belakang gol.Banyak teknik sepakan Danial ni.Kecik kecik kaki deras.

Rata-rata penyokong malam ni berpuas hati dengan game malam ni,kerana mereka mahu jaringan besar untuk setiap game.Tahniah RW.Hari ni ada laporan team kita dalam Berita Harian.Mungkin sebab kuasa seorang Pengurus Operasi,jadi ape kejadahnya Sang Helang duk bual2 selama ni?Puii.
p/s: selesai game kami menikamti hidangan spesel di Heritage Hut Foodcourt.Hahaha.Menu banyak tapi saya tetap ambil yang selera Siam, Nasi Goreng Patthyaiya dan Teoaislimaiuuu~Ada bran mari sini oder gini?Takpe first time.

1 comment:

Anonymous said...

Lancau

Iklan Berbayar