Ngepeng sikit2

14 April 2011

orang hilir

*dalam post ni, aku nak bahasakan diri aku sebagai 'gua' sebab tak pernah buat sebelum ni.*

beberapa minggu lepas, gua main snuker dengan member gua. disebabkan member gua kalah straight 2 frame dengan gua tanpa ada fight black, dia kata dia dahaga. dia sabitkan kesalahan kekalahan dia di tangan gua sebab dahaga. lemah punya jawapan. dia ajak gua pergi minum di Hayaki dekat dengan Billion sebab member gua sorang lagi ada di sana. member gua sorang lagi ni lagi teruk. ajak lawan 2,3 bayar dia tak nak sebab nak pergi Hayaki awal. nk booking meja kata dia. macam la nak dinner 30-40 orang nak booking2 meja. jenis batu kecut memang macam ni.

dipendekkan cerita, gua dengan member gua yang kalah snuker tadi pun sampai la kat Hayaki Billion tu.

"boleh tahan ramai 'burung' malam ni", kata member gua. gua senyum. tak cakap banyak, gua dengan member gua ni terus duduk kat meja member gua sorang lagi. lepas order air, gua terus buka modal kutuk member gua yang kalah tadi. malam tu memang dia kena 'cincang' dengan teruk. tengah sedap gelak-gelak, datang la seorang mamat naik Satria Neo CPS warna putih bersama dengan 2 'burung ketitir' grade A. pakai seluar jeans, baju V-neck Ed Hardy, tali pinggang AX sebab nampak kepala AX, jam besi macam Rolex, kasut apa ntah aku tak tahu tapi nampak mahal. lupa pulak. dan pakai spek hitam. perkara ini berlaku pada waktu malam.

"gila apa mamat ni pakai spek hitam malam2 ni? orang buta ke apa? ke mata naik 'timbit'?", kata gua.

"pengaruh AC Mizal ni", sambung member gua yang kalah snuker sambil 'retip' abu rokok.

mamat ni duduk kat meja sebelah gua. duduk je terus buka laptop. benda yang buat gua kejutan budaya tengok mamat ni adalah handphone yang dia letak atas meja. 2 biji. i-Phone 4 dan BlackBerry model apa jadah ntah aku tak tahu.

"gila gadget rupanya mamat ni. ingatkan gila isim apa paka spek hitam malam2", kata member gua yang booking meja.

dekat2 pukul 1, gua dengan member2 gua pun nak balik. "kira2 la. game MU dah nak start ni", kata gua.

tengah ralik jalan kaki nak pergi kat kereta member gua yang kalah snuker, gua dan member yang booking meja terpandang tengok mamat tu. gua berasa macam nak tahu apa yang mamat ni tengah syok layan laptop dia sampai 2 'burung ketitir' grade A depan mata dia pun dia tak layan.

gua terus masuk kereta member gua yang kalah snuker. member gua yang booking meja tu pun masuk kereta member gua yang kalah snuker. tak masuk kereta dia. kereta member gua yang kalah snuker tiba2 bergegar.

"hahahahahahahahahahaha. mari hayaki bowok laptop, i-Phone 4 ingat ko nok guno wifi main tenet. apo duk main Freecell jah. hahahahahahahaha", gua dan member2 gua gelak.

member gua yang booking meja masuk kereta member gua yang kalah snuker semata-mata nak gelak bersama-sama.


p/s: burung ketitir grade A= awek buah dada besar yang jalan mendada.

3 comments:

Anonymous said...

1st!

Perenang Tegar said...

kalu ambo gi, ambo nok masuk keto tu gi pegey tapa dulu

Akok Kedut said...

ambo nk suko jah. xdok bndo lain doh. haha

Iklan Berbayar