Ngepeng sikit2

28 March 2011

manusia dan jenis-jenis kentut

lain orang, lain skil kentut masing-masing. bau pun sama telah la lain. ada yang bau ketumpatan berat dari angin, ada juga yang tiada bau. setiap manusia ada kelebihan masing-masing.

orang yang jenis kentut pendam, bunyi dia halus. keluar slow-slow sahaja. sehalus bunyi orang hembus asap rokok. kalau orang tu skil tinggi, bunyi dia lagi slow dari itu. kena pula dengan bau padat, lalu tempat orang ramai, memang orang tak tahu siapa. orang jenis ini dia misteri. pendiam, pemalu, tapi makan dalam.

orang yang jenis kentut berseret, bunyi dia tak tentu tapi kena panjang. tengok perwatakan orang. kalau orang jenis galak atau gedik, bunyi kuat. kalau orang jenis rilek atau slow, bunyi slow. tapi yang penting, berseret. orang macam ni dia nakal. dia guna skil kentut berseret ni untuk kenakan member-member.

ada juga orang yang jenis kentut ass-to-face. skil ni bahaya. orang berskil macam ni dia konfiden tinggi, hati kering. dia selamba pergi tonggeng kat muka member yang tengah baring dan "prang". dia bagi 1 das. memang member tu akan menikmati kentut tu sorang-sorang dia. tak boleh nak kongsi orang lain. semua dia sedut. orang yang amal skil ni dia pendendam.

satu lagi jenis kentut genggam. yang ni skil berani mati kerana benar. orang jenis ni dia akan genggam kentut dia dan "pekup" dekat hidung mangsa. selalunya skil ini perlukan gerakan menyelinap dari belakang. baru berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. skil ini sama bahaya dengan skil kentut ass-to-face.

p/s: kalau boleh amal semua skil di atas, anda memang seorang yang professional. anda kontrol body anda, bukan orang lain.

2 comments:

Perenang Tegar said...

Kawe buat blako doh ni.... kiro jati diri kawe buleh thn jugok la

Akok Kedut said...

meme doh. jati diri demo bkn stakat buleh tahan, tapi demo berkebolehan. bakat tu ado. jrg ore ado bakat gini

Iklan Berbayar