Ngepeng sikit2

18 February 2011

PAUH PC Tuning: The Introduction

PAUH PC Tuning adalah sebuah group yang mempunyai kepakaran dalam bidang pc tuning. group ini bergiat cergas di arena computersport. anda tahu apa itu computersport? ianya semacam motorsport tapi berbeza kerana computersport melibatkan desktop computer, laptop dan netbook.

hendak dijadikan ceritanya, PAUH PC Tuning sangat terkenal dengan kepakaran tuner @ pomen mereka dalam tuning pc dan laptop. group ini juga turut mempunyai jockey-jockey mereka tersendiri atau dengan kata lain regular customer mereka. tuner-tuner group ini juga menjadi jockey untuk pc dan latop masing-masing.

tuner-tuner PAUH PC Tuning terdiri daripada Jeri Jedison, Leftenan Adnan, dan juga Kema Campo. antara jockey-jockey mereka pula terdiri daripada Anep Lipat, Pokmat, Puwe Jambang Lebat, Keyo Bulu Ramai, dan juga Azlie Bulu Merata-Rata. ada lagi nama-nama lain namun hanya ini yang bermain di fikiran saya. post ini saya dedikasikan untuk mereka, The Unsung Heroes. kononnya.

Anep Lipat mempunyai sebuah force induction machine generated by turbocharger berkapasiti 2.0 cc block standard. kekuatan kuasa kuda machine ini adalah 420 HP. Keyo Bulu Ramai juga mempunyai sebuah force induction machine generated by turbocharger berkapasiti 2.2 cc block diesel 4G67. kuasa kuda machine ini adalah 480 HP, lebih kuat dari Anep Lipat dek kerana turbine nya lebih besar. begitu juga dengan Puwe Jambang Lebat dengan force induction machine generated by turbocharger berkapasiti 2.2 cc block diesel 4G67 tetapi berbeza kuasa kuda iaitu 500 HP ekoran penggunaan ball bearing turbine.

berbeza dengan Azlie Bulu Merata-Rata. beliau mempunyai sebuah force induction machine generated by supercharger kerana minat mendalamnya terhadap machine-machine MOPAR dan HEMI. kuasa kuda machine lama dari Amerika ini dianggarkan dalam 380 HP-400 HP. Jeri Jedison mempunyai 2 buah project machine, 1 force induction generated by turbocharger berkapasiti 2.4 cc dan 1 lagi NA berkapasiti 1.8 cc. jockey untuk force induction machine beliau adalah Pokmat manakala jockey untuk NA machine adalah beliau sendiri.

Kema Campo dan Leftenan Adnan pula mempunyai sebuah force induction machine generated by turbocharger masing-masing. kedua-dua nya berkapasiti 2.4 cc namun berbeza dari jenis turbine dimana Kema Campo menggunakan turbine HKS T04Z manakala Leftenan Adnan pula menggunakan Garrett GT3540. machine Kema Campo mempunyai kuasa kuda sebanyak 560 HP manakala Leftenan Adnan pula 570 HP.

Pokmat pula berbeza dari lain-lain kerana beliau mempunyai sebuah NA machine berkapasiti 1.8 cc block mivec blacktop. kekuatan NA machine Pokmat ini boleh dikatakan antara yang terkuat dalam kategori NA dengan kuasa kuda sebanyak 290 HP. NA machine Jeri Jedison pula boleh dikatakan kuat juga dengan kekuatan sebanyak 280 HP berkapasiti 1.8 cc block mivec standard. kesemua machine-machine yang disebutkan di dalam post digunakan sepenuhnya untuk tujuan perlumbaan dan penggunaan harian. tambahan pula, machine-machine PAUH PC Tuning ini menggunakan standard chasis yang di "strengthened" kan dan body on-the-road, bukannya tube frame body ataupun chasis perlumbaan. magnificient kan?

all of the machine mentioned above were tuned by Jeri Jedison, Kema Campo and Leftenan Adnan. PAUH PC Tuning ini sering mendapat kerjasama dari kedai-kedai hafcut dan performance part shop disekitar Kuala Lumpur seperti Lowyat, Mines dan lain-lain. nampaknya saya sudah malas nak menaip. kepada mereka-mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah PAUH PC Tuning, sila tunggu post seterusnya kalau saya rajin dan ingat lagi. tapi saya tak jamin. jangan cagar apa-apa dengan saya.

p/s: computersport adalah rekaan saya semata-mata.

p/s lagi: for your information, pc atau desktop saya klasifikasikan sebagai force induction machine manakala laptop dan netbook pula saya klasifikasikan sebagai natural aspirated (NA) machine.




5 comments:

Perenang Tegar said...

Sungguh ambo xpehe.... tulung translate sikit, kasihanilah hamba

sang helang said...

peh. terbaik!

Stretford End To Lundang said...

kepada perenang tegar, apa yang tuan hamba tidak faham?

Perenang Tegar said...

Baco semula baru ambe pehe.... hahahak

Amy Rimba Bara said...

weenggg..wenggg..wengg..hebak!!

Iklan Berbayar