Ngepeng sikit2

Showing posts with label Hikayat-hikayat. Show all posts
Showing posts with label Hikayat-hikayat. Show all posts

06 October 2011

Hikayat Episod 5

Tuan Muda Pauh membuka mata secara koho - koho. Dia menggeliat sedikit, membetulkan urat yang tersalah parking. "Terjenero dalam posisi cangkung adalah satu kesilapan yang bisa membawa padah di masa hadapan. Lelaki sejati harus berfikir jauh tentang kekuatan pinggang agar bakanya terjaga." Pesan Pendita Lipat, tengiang-ngiang di telinga Tuan Muda Pauh. Dia pantas berdiri dan menghirup udara malam sedalam-dalamnya. Matanya meliar mencari teman seperguruannya. Kedengaran ada bunyi halus di kepala kapal nelayan yang menjadi kenderaan dan tempat bermalamnya. Tuan Muda Pauh cermat mengatur langkah ke sosok tersebut supaya tidak mengejutkan anak - anak kapal lain.

" Tuan hamba tidak tidur?" tanya Tuan Muda Pauh sambil mengeyeh tahi mata.

Kruk krak, kruk krak..... " Hamba lapar perut," kata Sang Dugung sambil meranggoh sebiji buah topoh. Matanya jauh memandang ke hadapan, ke tengah lautan luas di malam buta. Gelap gelemat, bintang pun malu hendak keluar. " Huh, orang berpesan bawa Ipad, tuan hamba enggan, sekarang sudah bosan kabo letewww," seloroh Tuan Muda Pauh. " Tengah laut begini mana ada 3G, wifi jangan fikirlah," kata Sang Dugung sambil membaling teras topoh jauh ke laut. " Koleksi wayang kulit hamba pun jadi jika dilayan," jawab Tuan Muda Pauh pendek. Sang Dugung mendengus perlahan sambil mengambil buah lai cina dari dalam galas kain batik. " Hulur buah topoh sutir," pinta Tuan Muda Pauh. " Topoh habis, lai cina sahaja yang ada." " Baso bucik, makan tidak ingat orang," Tuan Muda komplen dalam hati.

Fikiran Tuan Muda pauh melayang mengenangkan misi yang diberikan oleh guru mereka. Menumpaskan sindiket jahat Saudagar Atar Dainan bukan hal yang boleh diperkecilkan. Sebut sahaja maulana Dainan dari Senegal dalam perbualan bisa membuatkan orang di kedai kopi tidak sedap duduk. Bukan sedikit cerita tentang Maulana Dainan. Harta Maulana Dainan sudah setinggi bukit, ilmu yang dimiliki pula setinggi langit. Khabarnya Maulana Dainan mampu berulang alik dari negeri asalnya, Negri Senegal ke Tanah Meseng dalam masa sekerat hari sahaja. Peri kejahatan jangan dicerita, hulu hilir rata negeri sudah tahu. Sekiranya Pendita Lipat sudah menurunkan misi sudut sukar ini kepada mereka berdua, alamatnya sudah dekat dengan tamat perguruan adanya. "Serok rokok sapa habih, serok kopi tinggal sikit." pesan Pendita Lipat sebelum mereka memulakan misi ini. Maksudnya setiap pekerjaan itu berlainan, walaupun nampak sama pada amalan.

Tiba - tiba Sang Dugung berkata " hamba berfirasat tidak baik mengenai misi kali ini." suasana bertukar menjaid serius. " Adakah kerana kehebatan Maulana Dainan Sengenal yang digege-gegekan itu membuatkan tuan hamba tidak sedap hati?'' tanya Tuan Muda Pauh. " Jolo jugak..." jawab Sang Dugung pendek. "Tapi....." ayatnya tergantung di situ. Sang Dugung terdiam, agak lama. Tuan Muda Pauh tidak sedap menunggu ayat tergantung. "Tapi gedio tuan hamba?!" tanyanya separuh menjerit. Sang Dugung terkanjak sedikit mendengar ketidaksabaran sahabatnya itu. " Hamba mahu menunjukkan tuan hamba sesuatu, tenangkan hati terlebih dahulu." kata Sang Dugung. Dia perlahan - lahan mengambil galas kain batik di kakinya dan mengeluarkan sebilah kelewe.

" Tidak salah hamba ini Kelewe Pelipat milik tuk guru. Mengapa boleh ada dengan tuan hamba?" tanya Tuan Muda Pauh. Hatinya berbaur perasaan terkejut, konfius dan lapar perut. Kelewe pelipat adalah harta kesayangan dan senjata utama guru mereka. "Tuk guru meminjamkan hamba kelewe ini beserta segala rahsianya. Dia juga berpesan jangan sesekali dikeluarkan kelewe ini kecuali pada ketika yang perlu dan mengizinkan sahaja. Tapi tidak salah hamba jika ditunjukkan kepada tuan hamba. Ini bukan pertama kali kita melihatnya, dih? " Tapi, bakpa tuk guru meminjamkan kelewe keramat ini kepada tuan hamba?" soal Tuan Muda Pauh. "Barangkali tuk guru merasakan untuk menewaskan manusia sebiso Maulana Dainan, senjata seperti Kelewe Pelipat ini satu kemestian. Kita berdua hanyalah manusia yang masih dalam perguruan, ilmu masih cetek. Tanpa kelewe keramat ini, kita tidak berpeluang sama sekali. Apatah lagi Maulana Dainan itu ahli dalam ilmu bau - bauan, ilmu yang asal dari Negri Senegal. Ilmu asing bagi kita." jawab Sang Dugung panjang.

"Sekiranya sebegitu biso Maulana Dainan Senegal, mengapa tidak tuk guru sahaja yang pergi. Sebaliknya kita yang muda ini yang diarahnya pula?" ujar Tuan Muda Pauh. Sang Dugung tersengih " Entahlah sahabat, mungkin tuk guru mahu menguji kita. Mungkin dia sudah nampak apa yang berselindung dari kita. Tetapi sekiranya Kelewe Pelipat sudah diamanahkan, tidak syak lagi kita bakal mengharung lautan darah." Tuan Muda Pauh telan air liur. Dari kepala kapal nelayan tersebut, Tuan Muda Pauh ternampak kelip-kelip api, bau minyak atar seperti menari - nari di udara, tanda pengkalan rahsia Maulana Dainan sudah dekat. Mengenang kembali kata - kata sahabatnya tadi, Tuan Muda Pauh tersenyum sini.

26 September 2011

Jerand Dugs Goes to Burger King part 5

"Jer, aku rasa tak sedap hatilah dengan misi spontan kau malam ni," aku mula mempersoalkan misi sulit terancang. Hujung mata Jerand tepat menikam " Ahhh, jangan percaya sangat kata hati. Kita manusia terpelajar. Usaha, doa, tawakal. Tu modus operandi kem kita, pegang itu kemas kemim." Selesai bersiap dengan segala persiapan yang patut disiapkan, Ferrari Jerand meluncur deras, padan dengan nama raja atas tar. Segala risau dan was-was aku tinggalkan di kem Pauh-31.

"Ingat, misi kita kali ini bergantung pada pandu arah kau Dugs, jangan tersasar walau sedikit!" berkali kali Jerand mengingatkan aku. Antara kami berdua, aku berlagak tahu jalan ke Taipan. Dengan sedikit tunjuk ajar dari Peta Dunia kepada Jerand, kejayaan misi ini bergantung pada memori aku akan letakknya lokasi Taipan. "Usah gusar, aku tahulah mana tempat tu."

"Aku rasalah, kalau aku collect cerita komrad-komrad kita ni, buat novel bersiri, cukup aku makan sampai pencen." aku layangkan idea bernas. Tangan kiri di stereng, tangan kanan perlahan - lahan ambil dunhill merah di mulut, " Cukup modal boleh tayang kat panggung ni. Aku nak amik Zulhasmi berlakon, orait?" kata Jerand sambil buat naga. Aku sengih tanda setuju. Aku tahu Jerand bekok sebab abuk rokok aku masuk dalam Ferrari baru polish.



2 jam selepas itewww.

Jerrand cermat menghentikan Ferrari. Olynx masih di talian. " Betullah, dari depan Maybank tu aku drive straight je sampai hujung jalan. Tak nampak begeking pun, kiri kanan atas bawah, kosong!." Aku pula tengah pusing pusing kepala tengah cari kedai begeking. McD ada lah. Jerand muncung muncung mulut tunjuk satu lot kedai kosong. Olynx sudah off-talian. "Weh, kalau tak silap aku, bawah kedai tu ada signboard. Macam begeking punya." ujar Jerand. Aku amati betul betul. "Shilakak, begeking sini sudah katup lah!!" aku menyumpah seranah. Ini semua salah laman web begeking yang menipu. Kalau dah katup, tak payahlah nak iklan ade kedai 24 jam.

Misi begeking mesti diteruskan. Apa yang aku takutkan menjadi nyata. " Begeking sek-13, here we come!!," jerit Jerand penuh amarah. "Tenang bro." sound aku. " Kita ke Subang Prade dulu, depan sikit sahaja. Ada hutang dengan Bon Jovi." cadang aku.

Always - satu note pun tak lari. Aku masih tidak puas. Jerand baru menyudahkan May - Cintamu Mekar di Hati. Gaya finishing Jerand bakal membuatkan Muss taubat depan Kaabah.

2 jam selepas itewww.

Selesai membuat beberapa pukulan maut, Jerand jentik puting dunhill ke lantai. Beberapa mayat budak budak skaters bergelimpangan di luar pintu begeking. "Chiss, nak layan wuper pun tak tenang, nak main skate pergi amareka laa!!.'' laung Jerand. Maki budak skate tapi makan bege? Ironi? Kalau tak puas ati, sila jumpa sendiri Jerand. Beberapa ekor lagi budak skate yang menyorok tadi kelihatan berlari keluar dari komplek sukan sek-13. Abang yang tengah rock climbing sambil di perhatikan oleh awek - awek sudah basah seluar.

Hari tu aku dengan Jerand makan wuper yang sebijik macam dalam gambar. Lu orang pernah?

23 September 2011

Jerand Dugs go to Bege King part 4

"btol ko tahu jalan ni dugs?" tanya aku bersemangat.

"aku tak de pernah pegi, tp diorang kata area2 usj tu.. takpe kita gerak lu, nanti sampai sana pusing2 jumpa la kot. takde la besar sangat ko.." dugs memberi keyakinan, sambil menjatuhkan tingkap kereta. nk smoking katanya..

"dunhill ko mane?" soal dugs dengan criket di tangan kirinya.sambil di nyalakan acah tak acah secara jarang. memang gaya seorang perokok tegar. dia bukan sekadar berenang perlu tegar.

perjalanan yang memakan masa lebih kurang 30 minit secara kiraan min. ini dikira berdasarkan nilai mod pun adalah 33 minit dalam 10 kali perjalanan.. manakala median nya adalah 31.5 minit. ini semua ilmu matematik. kalo di kota bharu perjalanan setengah jam memang jauh. tp jika di bandaraya kolumpo adalah stendet. banyak perbicaraan dibahaskan sbg topik perbualan. termasuk isu masjid kristal yang ade wajah org..

"weh, kawan kita tu dah bercinta ke blum lagi" .. persoalan oleh dugs tentang gossip rakan-rakan.

"tah la, dah berapa tahun mengorat takkan tak sangkut-sangkut lagi..." aku jawab tanda negative.

"haha, ni dah bole buat novel ni. kisah cinta mengorat sahaja. hihi.." tambah dugs sinis.

..

..

..

seketika tertiba di USJ 9.

"weh lalu mana ni?" tanya aku tanda lost.

"haha.. cuba ko konar kanan depan tu.. aku rasa area-area ni dah.." dugs membijak jalan. dia sendiri tak pernah ke kawasan top itu.

"arh, jap aku call member aku jap" aku mencari jawapan. "sape?"..tanya dugs. "org kl ke tu? ke awek? " tambah sinis.

"olynx"

"ooo"..

"weh, da btol ni, area usj 10 katanya. aku agak kat sini dh ni. ko igt tak map dalam google map tadi?" respon aku mula gembira kerana makanan yang di idam dah makin dekat.

kami berpusing beberapa kali area usj 10.. kadang2 usj 9 mencari kedai bernama begeking. hairan dan pilu mula timbul di hati kami. tiada satu pun petanda. hanya Mcd yang ade.

"layan Mcd je ke?" tanya aku.

"giler kau. tak KL langsung. Mcd kota bharu ader. kalo stakat Mcd, baik makan kat bangi. takyah aku pakai boxer ni tadi." tegas dugs sambil merentis abu rokok keluar. aku nampak abu tu ade yg jatuh balik dalam ferrari f430 yang baru basuh petang tadi. tapi aku buat derk je. sebab dugs adalah 3 kali besar dari aku. ko faham tak?

"oit ko call org la tanya." idea dugs sambil serot rokok gaya pro.

"sape eh?"

"peta dunia" jawab dugs mudah.

selang beberapa ketika selepas itu...

"jer,cepat, ko nak ape ni?" tanya dugs tegas. tanpa penat pun ade.

"aku nk lagu MAY, cinta mu mekar di hati... kali ni memang aku all out lah. ko backup aku ok" .. jawab aku dengan pressure 2.0 bar.

19 May 2011

Hikayat episod 4


Pendekar Dugung merampas kembali keris keramat dari Hamba Durjana. "Haish, main-main pula tuan hamba. Keris keramat ini jangan diambil ringan. Jangan-jangan ada bisa keris terlekat di jem nenas tadi, cerah perut tuan hamba nanti." Pucat lesing jua muka Hamba Durjana setelah mendengar amaran Pendekar Dugung. Dia meludah bertubi-tubi ke lantai ingin membuang sepalit jem nenas yang dicolek tadi.

"Keh keh, kamu berdua ini nyata masih muda, usah hugoh.... usah hugoh. Tiada go satu pun di keris aku ni." jelas Pendita Kelisa sambil menghabiskan roti jem nenas tadi.

Muka Hamba Durjana kembali tenang mendengar kata-kata Pendita Kelisa tadi. Direnung tajam muka Pendekar Dugung. Pendekar Dugung cepat-cepat mengalihkan pandangan, malu akan kecetekan ilmu yang miliknya. " Keliru hamba akan tuan pedita. Mudah-mudah membuat keris keramat sebagai pisau roti. Tidakkah keris sekeramat ini boleh dibuat sebegini." ujar Pendekar Dugung.

"Aku oyak dah kamu berdua masih muda. Tujuh puluh tahun sudah keris ni berkhidmat dengan aku. Aku tahulah apa boleh apa tidak boleh. Huh, tujuh puluh tahun dih....." kata Pendita Kelisa. "Sungguh aku ok sahaja memberi keris keramat ni pada kamu. Tapi aku ada so sahaja syarat kalau kamu mahukan keris keramat ini."

"Apa sahaja syarat tuan pendita," jawab Pendekar Dugung. Hamba Durjana pula tiada segan silu mengambil sekeping roti dan memasukkan rakus roti tersebut kedalam mulutnya.

"Syarat mula-mula, anak murid aku yang aku cas keting tadi Suhaimi Rimba namanya. Aku mahu kamu bawa dia dengan sek kamu. Dulu dia bersungguh mencari aku nak menuntut ilmu. Tapi aku lama dah pencen dari dunia pendekar. Namun aku ajar jugak budak tu semua ilmu yang aku tahu." Pendita Kelisa menjelaskan syaratnya kepada Pendekar Dugung. Pendekar Dugung terdiam.

"Tapi kalau dia sudah ada semua ilmu milik tuan pendita, apa manafaat lagi kalau dia mengikut hamba berdua?" tanya Hamba Durjana.

"Ilmu sahaja tidak kenak ya orang muda. Sejak dia menuntut dengan aku, gua ini sahaja hidupnya. Kalau bosan dia titing bola. Ilmu tiada amali tiada gunanya. Ambil lah, bawa dia melihat dunia, bui peluang dia guna ilmu yang aku ajar. Aku ini pencen secara rasmi, tidak boleh lagi terlibat dalam dunia pendekar luar dari gua ini." terang Pendita Kelisa.

Pendekar Dugung mengangguk faham. "Boleh sahaja, apa salahnya. Jika itu sudah syarat tuan pendita, besar hati hamba turutkan."



Di banglo mewah milik Orang Kaya Penjual Mangga, kelihatan Pahlawan Diba sedang berlari-lari kecil dari dapur ke ruang tamu. "Mana pulak orang tua ni," hatinya berkata. Ketua khadam baru sahaja pulang dari kedai nasi kukus bersama pesanan tadi. Makan tengah hari sudah tersedia, sekarang tuannya entah kemana. Dicarinya Penjual Mangga di kamar tidur, tiada. Di cuba pula di beranda tadi, juga tidak kelihatan. "Haih, kalau aku makan seorang boleh faedah pula. Sudahlah dia tidak senang hati dari tadi, jangan ditebeng." Pahlawan Diba berkata sendirian. Dia berhenti sekejap memikirkan kemana jadah Penjual Mangga berada. "Hah!", dia menempik kecil. Perlahan dia berjalan ke kamar peribadi milik Orang Kaya Penjual Mangga. Kamar peribadi itu sangat rahsia lokasinya, walaupun letaknya di dalam banglo mewah itu jua, namun kecuali Orang Kaya Penjual Mangga sendiri, hanya Pahlawan Diba sahaja tahu di mana letaknya kamar peribadi tersebut.

Sampai ke pintu rahsia kamar peribadi tersebut, Pahlawan Diba cermat mengatur langkah. Kelihatan pintu kamar tersebut terbuka sedikit. Di selaknya perlahan. Di dalam kamar rahsia tersebut tersusun ribuan kitab-kitab dan roman-roman milik Penjual Mangga. Di satu sudut dinding kamar tersebut, satu poster Megat Nordin tergantung dari dinding ke lantai. Sebuah meja pool siap dengan stick dari gading gajah dan bola-bola tersusun. Orang Kaya Penjual Mangga kelihatan sedang duduk di kerusi mahoganynya sambil memegang sebilah parang dua hasta panjangnya. "Orang Kaya, ketua khadam sudah pulang bersama nasi kukus. Apa lagi..." jemput Pahlawan Diba ikhlas.

"Hah, Mat Diba, ini Kelewe Pelipat milik guru hamba. Sudah lama tangan hamba tidak memegang kelewe ini. Kelewe ini diwar-warkan sebagai antara senjata paling beharga dan keramat di Tanah Meseng." kata Penjual Mangga sambil membelek-belek Kelewe Pelipat. "Walaupun sudah banyak kali hamba melihatnya, hamba masih kagum akan kecantikkan reka bentuk kelewe ini. Sempurna, tiada cacat cela." kata Penjual Mangga lagi.

"Tidak salah jika dinobatkan Kelewa Pelipat ini adalah senjata terhebat di Tanah Meseng ini," ujar Pahlawan Diba pula. Penjual Mangga tertawa kecil. "Sudah ramai orang memuji senjata ini dengan seribu pujian. Semua sudah hamba dengar wahai Mat Diba. Tetapi semua senjata di dunia ini disandarkan pada satu nilai yang muktamad. Setiap senjata perlu memiliki satu nilai ini, barulah senjata ini berharga. Barulah kita boleh memanggilnya dengan pelbagai gelaran lagi. Hanya satu nilai ini sahaja. Tuan hamba tahu apakah nilai itu?' tanya Penjual Mangga pada Pahlawan Diba.

Pahlawan Diba diam sahaja.

"Senjata akan dinilai pada kebolehannya memisahkan nyawa dari tubuh. Itu sahaja nilai muktamad setiap senjata, Mat Diba. Tuan hamba sudah tahu akan gelisah hati hamba sejak dari pagi tadi. Tetapi bila tangan hamba sentuh sahaja Kelewe Pelipat ini, hati hamba kembali tenang. Adakah tuan hamba mengerti maksud semua ini?" terang Orang Kaya Penjual Mangga.

Pahlawan Diba menelan air liur. Sememangya dia faham maksud kata-kata Penjual Mangga.


05 March 2011

Hikayat episod 3



Orang Kaya Penjual Mangga mundar-mandir ruang legar banglo mewah miliknya dengan hati berdebar-debar. Biarpun cuaca di luar hujan akan tetapi Penjual Mangga tidak berpakaian. Hanya berlengkap dengan kain tuala sahaja. Dia sendiri kurang faham akan sebab kemurungan yang melanda hati. Sedang dia berlegar-legar, setiap langkah terasa seperti kakinya terjirik kaca. Dicubanya duduk di sofa, punggungnya panas dicucuh berpuluh batang gesek. Dengan setiap nafas yang sampai ke tekaknya terasa kelat. Dia mendengus ganas dan garang. Resah hatinya tidak bersebab. Tidak pernah hayat hidup dirasakan demikian. Bibirnya tidak putus-putus terkumat kamit. Entah apa yang dia tuturkan. Tiada siapa memahami. Sejenak dia berhenti di hadapan sinki, terus dia meludah air liur kelat yang disimpan sejak dari tadi. Diamatinya betul-betul kahak di dalam sinki sebelum dia membuka paip. Sekali lagi dia mendengus garang. Pantas dia melangkah ke balkoni. Kelihatan orang kanan kepercayaannya sedang terbaring enak menikmati cuaca dan hari yang tenang.

"Mat Diba", tegurnya tegas. Pahlawan Diba tersentak dan terus bangkit dari baring enaknya tadi. Sambil membetulkan bojengya, "Ya Orang Kaya, hamba sedang menikmati hari sahaja di sini," jawab Pahlawan Diba. "Hmmm.... enak juga di kala hujan malu-malu begini jika kita melayan hari sahaja. Tapi entah bakpe, hamba berasa kurang selesa." adu Penjual Mangga sambil melabuhkan punggung di sebelah Pahlawan Diba. Pandangannya kosong jauh ke hadapan. Dahinya berkerut seribu. "Hahaha apakah gerangan yang sebegitu bisa, mampu buat pendekar terhebat Tanah Meseng tidak sedap duduk sebegini?" tanya Pahlawan Diba berseloro bodoh. Orang Kaya Penjual Mangga mengusap-mengusap batang tengkuknya sambil mehelakan nafas panjang. "Entahlah Mat Diba, hamba berasa seperti ada suatu yang amat kurang pok. Sehinggakan hamba berdiri terasa lenguh, duduk pun terasa perit." jawab Penjual Mangga berat. "Lama hamba bermenung, akan tetapi puncanya masih hilang. Haih.... jika begini ceritanya, sampai cerah jua hamba kebingungan," tambahnya lagi. Pahlawan Diba seraya menjawab." Orang Kaya jangan diturutkan sangat permainan perasaan begini. Ikut hati mati, ikut rasa binasa."

Mereka diam berdua. Pahlawan Diba enggan bertanya lebih jauh kepada ketuanya yang sedang serabut perut. Dia tidak mahu kalau-kalau serabut perutnya yang ditarik keluar pula. Orang Kaya Penjual Mangga masih lagi mencari punca kepada keserabutan perutnya itu. Dari belakang mereka seorang lelaki berpakaian kemas menghampiri. "Maafkan hamba Orang Kaya budiman. Izinkan hamba mencelah," sapa lelaki yang bepakaian kemas itu. " Tukang masak di dapur ingin bertanyakan tentang menu hidangan tengah hari ini. Apa yang Orang Kaya mahu sebagai juadah?" Penjual Mangga menoleh lalu melemparkan satu renungan tajam, dalam menusuk kalbu lelaki berpakaian kemas itu. Lelaki berpakaian kemas tersebut tanpa disuruh, pantas melutut dan kepalanya tertunduk memandang lantai. Peluhnya menitik deras dari segala poros-poros peluh di badannya. "Baiklah ketua khadam. Khabarkan kepada tukang masak di dapur sana dia tidak perlu bersusah payah hari ini. Hari ini hamba teringin rasa makanan dari kedai," jawab Penjual Mangga. "Baik Yang Mulia Orang Kaya, akan hamba sampaikan pesananan Orang Kaya satu persatu kepada tukang masak," balas ketua khadam. Setiap patah perkataan yang dituturkan tadi memerlukan dia memerah setiap keringat yang ada.

"Oh ya, ketua khadam. Selepas kamu menyampaikan pesanan ke dapur, hamba mahu kamu ke kedai nasi kukus Daiman sana. Belikan hamba dua bungkus nasi kukus. Satu bungkus sambal lebih, satu bungkus lagi ikan kering lebih," arah Penjual Mangga sambil memandang kepada Pahlawan Diba yang kembali baring. Pendekar Diba mengangkat tanda besta dan mengangguk malas tanda setuju. Ketua khadam sudah tidak dapat bercakap, hanya mampu mengangguk sahaja walaupun kepalanya dipaksa tunduk memandang lantai. Usai memberikan arahan, Penjual Mangga kembali memandang ke hadapan dengan ekspressi wajah yang kosong. Pahlawan Diba tergelak kecik di tepinya. Ketua khadam telepas dari pasung magis lantas terjelepuk ke lantai.

"Hadduss, hujan-hujan beginilah baru ingin makanan kedai," bisik hati kecil watak kodi tersebut.



Di gua Petapa Kelisa, Pendekar Dugung dan Hamba Durjana mengatur kaki dan duduk bersila di hadapan Petapa Kelisa. "Aku tahu, mu datang berhajat. Hajat nak dapat keris keramat milik aku, tak?," Petapa Kelisa menanyakan soalan terus. "Jika begitu hajatnya, aku tanyakan apa tujuan kalau keris keramat aku jadi milik mu?" sambung Petapa Kelisa lagi. Pendekar Dugung memandang kemas ke muka Petapa Kelisa. Mata bertemu mata. "Bala hamba dengan Orang Kaya Penjual Mangga, pemilik kelewe lipat. Jika hamba mahu beradu dengan Penjual Mangga, hamba perlukan keris keramat milik tuk. Kerana kelewe pelipat hanya padan dengan keris kerama milik tuk" jawab Pendekar Dugung tegas. "Huhuhu.... jika aku betul, Penjual Mangga itu jenis gedebe. Lagi-lagi dia itu pendekar terhebat di Tanah Meseng ini. Dia boleh kelewe pelipat dari cikgu dia, Pendita Lipat, tak?" soal Petapa Kelisa. "Jolo semualah itu tuan Petapa. Tapi Pendita Lipat itu juga guru kepada hamba," Pendekar Dugung pantas menjawab. "Muahahahaha..... hok itu aku tahu, hok itu aku tahu," Petapa Kelisa ketawa. "Mari mu berdua, follow aku," tambahnya lagi.

Petapa Kelisa membawa mereka berdua ke ruang dapur gua tersebut. Petapa Kelisa membuka pintu sejuk jeni dua pintu kiri kanan. Perlahan lawan dia mengeluarkan sebotol jem nenas lantas meletakkannya di hadapan Pendekar Dugung dan Hambar Durjana. Mereka berdua pelik dan kaget merenung jem nenas itu. Petapa Kelisa menarik sebilah keris dari botol jem tersebut dan menyapu jem nenas ke atas roti. "Huhuhu, inilah keris keramat tu. Sejak aku sepi dari dunia pendekar, aku buat jadi pisau roti sahaja, keh keh keh," ujar Petapa Kelisa sambil meranggos roti jem nenas tadi. Dia mengolorkan keris tersebut kepada Pendekar Dugung. Diamati keris tersebut dengan serius. Dengan perasaan bercampur baur, dia pass keris itu kepada Hamba Durjana. Hamba Durjana pantas meleset jarinya kepada sedikit jem nenas yang terlekat pada keris keramat itu dan memasukkan jarinya ke dalam mulut.

"Hurmm.... jem homemade ni," katanya sambil tersenyum puas.

15 February 2011

L,U.P.A

hakkkkkcung!
bunyi bersin aku memang power. beberapo hari ni aku asik deme jah. tok tahu la keno air kecing bewok ko bakpo. tp gak bersin dok bereti-reti. pagi tadi tubik cari stationery sket. nk audit rumoh.

Bersatu koto bharu jale pade garong memei true. sapo2 huk dikalange kito wajib masuk utk setelah sekian lamo. aku sero2 ado dale 5 6 tahun doh aku dok masuk the store tu. sakni g memei buat nostalgik ah. kelih ko susunan bare.. nk cari mano pasaraya huk jual bare kosmetik selepas kaunter.kalu huk beso g the store dio tahu maksud aku. rare boh!

Bersatu jale pade garong ni gak dulu sohor la mugo dio tgh2 bandar. jame2 ritu kalu musim rayo cino depe dio memei tumpuan ah singo duk joget. kalu male rayo gak.. depe keda dio tumpuan laa ore nk jual kad rayo. traffik ore lalu tinggi boh.leni?

sak ni pusing2 dale the store, kekedudukan branding2 bare masih samo. tepi tangga masih lagi ado kotok2 dio susuh. aku pun dok pehe sbb apo dari dulu penuh kotok tepi tanggo. takdok store bekali. mugo dio sdiri dah the store.dulu tepi the store ado A&W. leni ado lagi.

huk bezo sket leni. datah nuh takdok doh jual kaset. tmpt kaset/cd lagu dio gati ngan perabot murah tu. woooo.. ado jugok huk bezo.. lain2.. aku tgk lebih kure jah... bare ngail pun dok byk doh leni.

sepanjang aku duk the store tadi, bersin dok bereti2. bilo kelik ko keto..
hakcuing!.. bersin skali lagi..baru prase tubik hingus. fak.aku lupo.

05 February 2011

Hikayat episod 2

Sepurnama sudah mereka menghayun kaki. Segala apa yang ada dalam belantara sudah ditempuhi. Berpuluh-puluh tubey sudah dinaiki dan dituruni. Sedozen dua bukit sudah mereka rungkas. Sungai apa belum diharung? Bergelen-gelen peluh terembes. Masin, tawar, manis, masam, kelat, segala-gala sudah dirasa. Dahulu kulit putih, sekaran menjadi kuning langsat. Hamba Durjana dari hitam menjadi hitam pekat. Melihatkan kompleksi yang semakin berubah, Hamba Durjana murung sepanjang perjalanan.  Pendekar Dugung berulang kali menenangkan sahabatnya, "Yang hitam itu daki sahaja, lepas mandi tentu tuan hamba kembali putih berseri. Tapi jangan lupa gahar sekuat hati dengan sabut kelapa. Jangan risau." Hamba Durjana berdekeh-dekeh ketawa. "Sekarang orang pakai body-scrub tuan hamba, beruk sahaja guna sabut kelapa, keh keh keh." Pendekar Dugung diam. Dalam hati dia mencarut sepoi-sepoi.

Mereka berdua terus menlangkah kaki membawa body yang tough. Penat lelah semakin terasa. Semakin jauh berjalan mereka semakin kurang bercakap. Nyamuk nyamuk, pacat lintah mereka sudah kebal. Kadang-kadang kalau ada binatang liar melintas lalu, Hamba Durjana hanya membuat bunyi shuh-shuh. Lari cuda segala harimau, singa, beruang dan dubuk liar demi mendengar suara Hamba Durjana yang lunak-lunak parau itu. Pendekar Dugung dan Hamba Durjana hanya berkomunikasi dengan keluhan sahaja. Kalau keluh itu dua harakat panjangnya, tanda salah seorang mahu berhenti melepaskan lelah. Keluh pajang empat harakat tanda mahu mengkada hajat di perdu pohon. Keluh enam harakat dan keatas itu mengada-ngada  najis kerbau sahaja adanya. Sesekali Pendekar Dugung meludah kahak, sudah rutin. "Membazir kalori sahaja," bisik hati kecil Hamba Durjana.

"Huh....".

Hamba Durjana tersentak. Dia memandang Pendekar Dugung sambil menggaru kepala. Satu harakat sahaja keluhan dari Pendekar Dugung. Bingung kepala Hamba Durjana.

"Assalamualaikum." Pendekar Dugung memberi salam. Hamba Durjana koho bingung kepala. Dipandangnya Pendekar Dugung dari atas sampai bawah. "Sudah hilang akal agaknya baso ini." dia berkata perlahan. "Waalaikumussalam....," jawab Hamba Durjana dengan nawaitu bermain angin sahaja. "Heh,".... Pendekar Dugung menjentik telinga temannya. Seraya dia memberi isyarat kepada Hamba Durjana dengan anak matanya ke arah satu sosok yang sedang meniting bola.

Kelihatan seorang pemuda sedang meniting bola. Dia kelihatan sungguh khusyuk dengan pekerjaannya. "Assalamualaikum orang muda." giliran Hamba Durjana memberi salam. Kali ini lagi lantang daripada salam Pendekar Dugung. "Orang muda, jauh lagikah hamba berdua ke gua tempat Petapa Kelisa?," tambah Hamba Durjana. "Walaikumussalam...... satu juta satu...... satu juta dua.....," balas pemuda tersebut tanpa memandang mereka berdua. Dia semakin khusyuk menghitung dan meniting bola. Hamba Durjana pula sedang menghitung sabarnya yang semakin menipis. Pendekar Dugung sedar akan perlakuan temannya namun tidak mengambil tindakan lanjutan.

"Satu juta empat........ satu juta lima..... satu juta enam...." pemuda tersebut masih dengan bolanya. Hamba Durjana membuka langkah. "Satu ju...."

PANG!!! Belum sempat bola itu jatu ke kaki pemuda tersebut, kaki Hamba Durjana terlebih dahulu sampai. Seperti bedil stadium, bola tersebut memecut ke atas.  Dalam setengah batu ke udara, bola itu meletup sendiri. Betul-betul seperti bedil stadium. Pemuda tersebut terpengun lalu jatuh terduduk. "Orang muda seperti tuan hamba cukup sampai sejutanam sahaja. Kalau mahu lebih, hamba boleh tolong sambung dengan badan tuan hamba. Tuan hamba sudi?" Hamba Durjana bertanya dengan bengis dan sinis. Pemuda tersebut yang masih terduduk dan terpegun, menggeleng-geleng kosong. "Kui kui kui.... maafkan teman hamba ini ya orang muda. Kalau boleh, boleh tuan hamba beritahu hamba berdua mengenai gua Petapa Kelisa sekiranya tidak keberatan?" Pendekar Dugung mencelah. Padanya, orang muda seperti ini mesti diajar tatatertib dan toma'ninah. Selain itu, boleh Hamba Durjana melepaskan kemarahan.

Pemuda tersebut bangun perlahan-lahan. Dia mengkuis-kuis bahagian punggungnya yang kebas akibat jatuh. "Dekat sahaja. Ikut hamba." jawab pemuda tersebut pendek. Dia memulakan langkah. Pendekar Dugung dan Hamba Durjana hanya follow dari belakang. Tidak sampai seratus ela berjalan, mereka sampai ke satu perkarangan gua. Sampai sahaja ke perkarangan gua tersebut, pemuda tadi lari dan terus masuk ke dalam gua yang terletak kira-kira 15 langkah setengah dari Pendekar Dugung dan Hamba Durjana. Tanpa mengesyaki apa-apa mereka berdiri sahaja di perkarangan tersebut adanya. Dalam perkarangan gua tersebut, satu kolam koi tersergam indah dengan sedozen ikan koi sedang berenang riang. Di pintu masuk gua pula, sepasang murai bukit sedang bercanda dalam sangkar ukiran bermotif sawah padi. Tidak jauh dari pintu gua tersebut tergantung satu ceper Astro. "Boleh tahan juga orang tua ini," desus Pendekar Dugung.

Tidak lama selepas itu muncul seorang tua dari pintu gua tersebut. Dia melangkah berhati-hati sambil mengemaskan galas kain sarung chap Gajah Duduk. Walaupun tua, badannya masih kelihatan fit dengan urat berselirat dan otot-otot pejal tersembul keluar. Di dada terpampang selirat parut sepanjang dua jengkal akibat satu pertempuran sengit. Di belakang orang tua tersebut kelihatan pemuda tadi menyusul perlahan sambil memeluk tubuh supaya kelihatan manggok. Pantas Pendekar Dugung memberi salam. "Petapa Kelisa?" tanya Pendekar Dugung. "Waalaikumussalam," jawab orang tua itu pendek namun tidak mengendahkan soalan tadi. Dia hanya kelihatan bersiul-siul kearah pasangan murai bukit di hadapannya.

Teringat sesuatu, Pendekar Dugung tersengih nipis.  Pantas dia menempik, "Gocoh nate!!." Hamba Durjana terkejut akan kelakuan temannya itu. Orang tua tadi tersenyum lebar pula. Sambil ketawa kecil, dia menoleh ke arah pemuda di belakangnya. Selepas itu dia mengecah keting pemuda tersebut seraya berkata, "Aku suruh sambut rai sek ni berdua. Mu pula pergi titing bola." Berpaling balik kepada Pendekar Dugung dan Hamba Durjana dia mengajak mereka berdua masuk ke dalam gua. "Aku sudah sera kamu berdua sampai pada hari ini, heh heh heh," kata Petapa Kelisa sambil menunjukkan jalan ke dalam gua tersebut. Pendekar Dugung sambil melurut janggut kagun akan ketinggian ilmu milik Petapa Kelisa.

Di depan pintu gua, pemuda tadi masih mengusap-usap ketingnya yang dicah oleh Petapa Kelisa. Melihatkan gelagat pemuda itu, Hamba Durjana tersenyum sinis.





21 January 2011

Hikayat episod 1


"Najis!", ujarnya dengan murih. Nyamuk-nyamuk hutan sekarang menjadi musuh. Bukanya dia seorang yang kupik darah, namun kesan gatal dan bera-bera di kulit boleh menjatuhkan reputasi. Pantas dia melibas tangan dengan koksir, tidak seekor pun kena. Telinganya berdesing seolah-olah mendengar nyamuk-nyamuk hutan berbisik "Faking nub" antar satu-sama lain. Tahi telinganya cair meleleh keluar dari telinga kanan. Sebelah kiri belum lagi. "Chait!", ujarnya lagi. Libasan cewe dalam koma pula dipraktikkan. Plap! Sedas dapat 5 ekor skali. Beliau tersengih riang. Nyata ilmu yang dipelajari dari Pendita Lipat, tuk gurunya amat efektif. Lantas dia menoleh kepada temannya kembaranya. Hamba Durjana tanpa perasaan membuat tanda besta, kagum dengan tingkah lincahnya. Mereka meneruskan perjalanan, mengayuh kaki yang penuh urat-urat tanda badan yang sihat dan body yang tough.

Matahari semakin meninggi. Cuaca yang diramal joong, meleset belaka. Di dahinya air peluh menitik tak-tak hingga ke dagu. Kadang-kadang dia menjilat bibirnya, mengetest akan tahap kemasinan peluh sendiri. Tidak semena-mena dia menghentikan langkah. Menarik nafas dalam-dalam agar segala riok dalam tengkuk berjaya disedut. Lantas dia meludah ke tanah. Diteliti riok yang masih segar itu. Tiada warna namun pekat sedikit. Tiada apa yang mencurigakan. Cuma tanda-tanda dehydration semakin jelas. "Aih. rohok juga berjalan dalam suhu yang sebegini. Ada baiknya kita berhenti seketika. Boleh mengambil angin dan menyejukkan badan," katanya pada Hamba Durjana seraya melabuhkan punggung di perdu duku. Hamba Durjana patuh dan terus sahaja baring sambil melepaskan keluh sepanjang 6 harkat adanya.

"Pass-kan hamba air minum, tuan hamba. Hamba kering tekak" pintanya pada teman pengembaraan. Namun Hamba Durjana hanya melemparkan seyuman ikhlas. Dia tidak sedap duduk. Dijentiknya earphone dari telinga Hamba Durjana. "Oi!, Hamba Durjana Namun Dalam Hati Ada Taman, mintak air tu", dengan nada sarkastik dia menyebut nama penuh Hamba Durjana. Cepat-cepat Hambar Durjana membuka galas kain batik dan mengeluarkan bocong air minum. Hamba Durjana faham benar, orang sooh jangan dicabar kesabarannya. Selepas itu, Hamba Durjana mencabut earphone satu lagi dan menggulung kabel dengan cermat di sekeliling Ipodnya.

Sambil mencabut tengkolok dari kepala, Hamba Durjana bertanya, " Jauh lagi kah jarak kita ke gua di mana petapa Kelisa berada, ya Pendekar Dugung?" Dia memejam mata, membuat perkiraan. "Hamba cakero, dalam dua malam lagi sampailah kita. Jangan risau, sudah hamba khabarkan kepada Petapa Kelisa a.k.a. Paiman KeraMat akan kedatangan kita." Hamba Durjana betanya lagi "adakah keris milik Pendita Kelisa itu amat berkuasa seperti mana yang digege-gegekan?". Pendekar Dugung menogok air dari bocongya sekali lagi sebelum menjawab soalan Hamba Durjana. "Hanya keris milik petapa Kelisa sahaja yang mampu menewaskan kelewe Pelipat milik Orang Kaya Penjual Mangga. Mahu atau toksey, hamba tiada pilihan. Kelewe Pelipat milik Penjual Mangga mampu menebang pokok dengan satu takir sahaja!", jawab Pendekar Dugung serius. Dahinya berkerut-kerut dan urat merihnya jelas kelihatan semasa beliau menyebut nama Orang Kaya Penjual Mangga.

"Tapi bukankah tuan hamba Pendekar Dugung dan Orang Kaya Penjual Mangga itu teman seperguruan dahulu? Orang royak tuan hamba berdualah yang menewaskan sindiket minyak atar haram Maulana Dainan Senegal satu masa dahulu, atas arahan tuk guru tuan hamba berdua, Pendita Lipat. Adakah benar?" tanpa segan silu Hamba Durjana mengajukan soalan. Pendekar Dugung bingkas bangun dan mengejek deras pohon kelapa di tepi perdu duku tempat mereka berteduh. "Ya tuan hamba Durjana, semuo yang tuan hamba ghoyak tadi jolo belaka." Perlahan-lahan phon kelapa itu tumbang. "Kalau tuan hamba tidak mahu senasib dengan pohon kelapa ini, jangan dibangkitkan lagi nama Penjual Mangga di telinga hamba..."

"Bagus juga idea tuan hamba. Nah, apa lagi, holorkan hamba sebiji buah kelapa, boleh diminum airnya." kata Hamba Durjana dengan girang. Sambil melemparkan sebijir kelapa, Pendekar Dugung mengajak temannya meneruskan perjalanan.



Kalu rajin aku sambung.....


Iklan Berbayar