Ngepeng sikit2

04 June 2014

Kau dan komplen kau can go to hell!

Mengeluh pasal tekanan air slow di pejabat Air Kelantan musim kemarau baru-baru ni. Mereka jawab Kelantan ada air. Air bawah tanah. Kita pakai teknologi Jerman untuk pam keluar air. Teknologi Jerman ni yang boleh pakai hanya 3. Mercedes Benz, Audi dan Borussia Dortmund. Habis sekampung mengeluh tapi tekanan air masih slow serupa celaka. Pancutan air kencing lagi deras dari air paip. Kesudahannya, pakat berpeluh la sekalian manusia bina telaga. Sekarang, air telaga jadi sandaran bukan lagi air dari paip kerajaan.

Mengeluh pasal longkang kerajaan tersumbat. Air tak mengalir. Sampah bertambung-tambung dalam longkang. Kita yang buat onar buang sampah ikut dan lempar tapi minta kerajaan tolong ikhtiar. Berhari-hari mengeluh tapi fungsi longkang masih lagi tak menjadi. Kesudahannya, pakat berpeluh la sekalian manusia kutip sampah. Sekarang, longkang kembali menjadi longkang dan bukan lagi serupa empangan. 

Mengeluh tidak menyelesaikan semua perkara. Berpeluh adalah jalannya. Jange duk komplen serbo-serbi tok keno padahal kito tu hok bodo, hok tok reti baso.   

1 comment:

Ah Wan said...

admin sila update blog anda!

Iklan Berbayar