bersembang dengan orang yang suka cakap besar ni susah sikit. kalau tak dikawal dengan baik, makin besar dia punya sembang. otak boleh jadi jahanam tahu tak? kalau dia tu Jose Mourinho, tidak menjadi masalah sebab walaupun dia punya ego lagak seperti dia tu alpha male, dia memang power. dia kerja dengan Real Madrid CF, bukan Derby County FC.
yang menjadi masalah sekarang ni yang bercakap besar ni bukan Jose Mourinho. tambahan pula, dia ni seorang ultras yang pakai iphone 4. macam mana Abe Mat nak kawal kebesaran percakapan orang macam ni? dia tahu pasal Apple, iOS, tethered, Android, sejarah bola sepak, hukum hudud PAS, Anwar biseksual, Utusan Malaysia. Abe Mat pulak tahu pasal Ovi, cicak tokek, baju bundle, kedai-kedai pelayan, klip 3gp.
apabila dia start bersembang pasal benda-benda yang dia tahu, Abe Mat tak tahu pun pasal benda tu. kalau eja tu tahu la. jadinya, macam mana Abe Mat nak pastikan benda-benda yang dia cakap tu semuanya betul sedangkan Abe Mat tak tahu? kebarangkalian dia tipu Abe Mat pasal benda-benda tu tinggi. tengah sedap dia ni sembang pasal benda-benda power, otak Abe Mat ni bukan main ligat lagi sedut segala maklumat-maklumat penting dan juga tidak penting. selalunya otak Abe Mat ni bekerja guna 3 silinder je hari-hari sebab jarang berfikir benda-benda power. setakat berfikir pasal kedai pelayan tak power sangat. tapi kena pada hari dia ni sembang, otak Abe Mat bekerja keras guna 4 silinder non-stop selama 2 jam untuk sedut maklumat-maklumat. kalah arnab Duracell.
"aku ni keno bodo ko meme aku ni bodo?", keluh Abe Mat dalam hati.
memori-memori lama Abe Mat seperti cara-cara nak spin tayar kereta, cara-cara nak koyak buah rambutan terpaksa di-overwrite-kan sebab kapasiti otak tak cukup. pakai hard disk 512MB, ram 128 MB mana nak cukup. namun begitu, setelah semua maklumat-maklumat yang disedut selama 2 jam itu dianalisa dalam otak, 1 kesimpulan sahaja yang Abe Mat dapat rumuskan dengan keupayaan otak Abe Mat yang tidak power.
"nate ni bual besar tahi pado jubor", jelas Abe Mat dalam hati sambil jentik puntung rokok jauh-jauh dan mulut tersenyum menghanjing tanda kejayaan melayan Ombak 'sembang kencang lagi lebat' Rindu.