Ngepeng sikit2

03 July 2011

saya perut buncit. saya OK.



header blog ni ibarat objektif utama sesebuah blog. kekanda terasa dengan apa yang cuba disampaikan oleh header baru. kenapa? sebab kekanda pun perut buncit. (sambil gosok perut buat gaya macam pegang pouch bag)

tahukah anda perut buncit kini dianggap sebagai simbol kekayaan, murah rezeki, dan senang hati? tengok dato'-dato' VIP. ramai yang perut mara ke hadapan tapi dalam poket, tu dia. iphone 5 sebelah, blackberry torch sebelah. dompet? ini bukan soalan bodoh tapi orang yang tanya soalan ni yang bodoh. ni dato'-dato' la. depa ni duk pi mai pi mai bawa kad kredit sahaja. tak main bawa duit kertas. tak eco-friendly la. syiling? argh!

"dah 5 tahun uncle tak jumpa syiling. ada lagi ke sekarang? selalu uncle parking kereta RM50 je pakai valet. apa parking meter tu?"

amacam jawapan seorang VIP? terharu ke terbawa dek arus nafsu ke ranjang?

waima perut buncit itu lambang kekayaan, itu hanyalah untuk golongan berada, veteran. bagaimana pula dengan golongan jiwa malam masih muda yang perut buncit? siapa yang harus dipersalahkan?

"bukan salah ibu mengandung, salah bapa tak pakai kondom"

"bukan salah orang muda makan banyak, salahkan nasi kukus dan nasi lemak"




header waktu itu.

5 comments:

sang helang said...

nasik kerabu la sedak

Perenang Tegar said...

pedih molek demo bui Akok

Anonymous said...

pedih pedih pedih!!! ... (badang kelate)

Abang Mat said...

nasi kerabu meme sedak tapi tak masuk nga pantun tu. terimalah kenyataan. sesungguhnya kebenaran itu memedihkan.

Anonymous said...

bukan ke org yg perut buncit tu org makan rasuah ke..? hehe

Iklan Berbayar