Ngepeng sikit2

28 July 2011

Review : Malaysia vs Singapore (1 - 1, agg 4 - 6)







Kehampaan melanda satu negara apabila Malaysia mensia-siakan peluang bermain ni laman sendiri. Malaysia memerlukan sekurang kurangnya kelebihan 2 gol untuk layak ke pusingan seterusnya namun tugasan tersebut terbukti terlalu sukar untuk dilaksanakan oleh anak buah Rajagopal. Rajagopal masih menggunakan formula yang sama ketika bermain di Singapura, formula yang terbukti tidak menjadi.



Rajagopal menurunkan skuad yang hampir sama, memasukkan penjaga gol TRW Khairul Fahmi menggantikan Sharbinee Alawi. Satu pertukaran yang bijak oleh Rajagopal walaupun Malaysia gagal ke pusingan seterusnya. Khairul Fahmi bermain dengan hebat sekali menghampakan percubaan-percubaan skuad Singa walaupun barisan pertahanan Malaysia bermain seperti najis. Skandal yang melanda penjaga gol muda itu tidak menghalang beliau untuk beraksi cemerlang.

Jentera serangan yang terdiri dari Amirul Hadi, Safee Sali dan S. Kunalan juga mempamerkan aksi hebat. Jika tidak kerana mentaliti bertahan yang diambil oleh pasukan Singapura dan barisan tengah Malaysia yang umpama zakar lembu sudah tentu banyak gol boleh dihasilkan oleh mereka. Jika skuad Malaysia diumpamakan sebagai seekor harimau, Ismail Faruqi dan Amar Rohidan itu adalah lubang tahi harimau tersebut.

Perlu diingat, singa yang diangkat oleh negara Singapura sebagai lambang mereka adalah separuh singa dan separuh ikan. Haiwan mitos begini sudah biasa menjadi makanan harimau malaya, sebagaimana garuda Indon tempoh hari. Namun apabila ikan-singa mengimport barua barua dari negara zalim Serbia dan dan negara China yang rakyatnya rata-rata makan besi cicah ulam budu, kita tidak lagi berhadapan dengan haiwan mitos.

Setakat ini sahaja review dari hamba yang menonton bola sambil menanak nasi sebentar tadi. Wassalam.

Iklan Berbayar