Ngepeng sikit2

24 June 2011

Puisi Uncle Thomas

Selesai mendeklamasi puisi jiwa lara, patah hatinya itu, Uncle Thomas mencapai gitar akustik lalu memetik lagu Widuri, sebagai outro. Tangan Uncle Thomas pantas dan lincah plucking ala-ala A. Rahman Hassan, dengan dua-tiga riff original dari imaginasi beliau sendiri, membuatkan Widuri akustis versi Ranbow Von Thomas menjadi begitu merdu dan sayu. Berbelas-belas gadis titis air mata. Uncle Thomas seakan-akan hanyut dalam lara sendiri, mulut tidak henti-henti menyebut "Why ooo why....?" perlahan dalam desibel rendah, sambil tangannya cermat memetik gitar. Hanya aku yang bisa mendengar kata-kata keramat Uncle Thomas. Uncle Thomas mengakhiri outronya dengan mengulangi not not yang sama 5-6 kali dan menghabiskan persembahan dengan ucapan " ....burit....". Sangat perlahan, juga, aku seorang yang mendenganrnya.

"Marvelous!!".... kedengaran jerit pujian dari seorang penonton. Baru kali pertama agaknya datang ke Persembahan Uncle Thomas. Sudah menjadi undang-undang tidak bertulis setiap kali Uncle Thomas, hanya tepukan sahaja boleh kedengaran. Pujian secara verbal seolah-olah merosakkan atmosfera dan flow persembahan. Rata-rata peminat lama Uncle Thomas berpaling ke belakang dan merenung tajam ke arah tuan punya suara tadi. Ramai yang bermuka kecewa. Sudah tentu tiada encore dari Uncle Thomas malam ini. Aku melihat Uncle Thomas hanya tersenyum nipis. Dia bangun bersahaja dan memberikan isyarat pada aku. Aku jua bangun, perlahan-lahan mengikut Uncle Thomas kemas dari belakang. Aku toleh kepada para pengunjung, ada yang sudah kesat air mata, ada yang sudah bangun meninggalkan tempat duduk dan ada lagi yang masih terpaku.

Aku ikut Uncle Thomas, berjalan kaki ke gerai burger yang letaknya tidak jauh dari tempat dia buat persembahan tadi. Para penonton tadi ramai juga berkunjung ke gerai burger ini, namun mereka seolah - olah buat tidak nampak atau tidak kenal akan Uncle Thomas yang tadi mengliburkan hati mereka. Mungkin jiwa kosong sudah terisi, pandang bekas makanan pun muak. Aku order burger ayam belanda dan air sirap limau manakala Uncle Thomas hanya cukup dengan kopi - o sahaja. Aku menyandarkan gitar milik Uncle Thomas pada meja plastik tempat kami duduk. Uncle Thomas pula sibuk mengemaskan kertas-kertas karyanya ke dalam beg bimbit usang, sudah berkulat.

Aku bertanya pada Uncle Thomas, " Ni lama aku nak cakap... puisi last tadi, jarang kau main. Tapi kalau kau main mesti feeling lebih, sampai leleh kadang - kadang. Puisi ni mesti ada cerita berat ni. Lepas puisi tu mesti kau main outro pelik - pelik. Ada apa dengan puisi tu? Apa cerita?"

Uncle Thomas dengan gaya paling selamba aku tengok menjawab " Betina..." , sambil hembus asap surya.

"Perempuan?"

"Tak... betina, wa cakap lu. Betina. ......... Betina dan kereta Mercedes SLK yang bukan kau punyai."

3 comments:

sang helang said...

marvelesss!!!

Abang Mat said...

tipikal perenang tegar. karya yang penuh dengan ayat-ayat complicated. syabas bethe!

budak cacat said...

3rd!

Iklan Berbayar