Ngepeng sikit2

27 June 2011

Preview: Karak dvdrip Mediafire x720p HD

tadi aku baru je habis kelih muvi yang dikatakan seram sangat tuh.cerita pasal jalan karak tuh. KARAK.buke korok


ni la poster dia

cerita berdasarkan 4 orang sahabat atau lebih tepat sekali 2 loving muah2x on the way balik kampung.oleh kerana jem yang amat sangat di lebuhraya karak tuh maka mereka decide untuk ambik jalan lama menuju ke karak.maka di situlah berlakunya insiden yang pelik yang boleh menjelaskan tagline 'laluan puaka' terrr.

mula2 aku memang terasa sangat teruja nak tengok la cerita ni sebab aku sendiri pun tak pernah lalu jalan lama ke karak tu.selalunya kalau balik Kelantan, of kos lah naik highway karak pastu terussssss sampai ke tol bentong lepas tu ambik 1st exit atau 2nd exit lepastu masuk ke bentong then terus sampai ke KB.

............sori lama sket.tadi aku tgh cari mane sbnrnye laluan tu dan aku sedikit konpius dengan hasil pencarian aku.siapa2 yang bole membantu silalah ye kan menjawab soalan2 ini:

1.Kalau aku dari KL,macamana nak masuk je jalan lama tu?
2.Berapa jam beza kalau lalu jalan lama vs Karak Highway?
3.Kalau aku masuk jalan lama, nanti tembus ke mana?
4.Boleh tak tunjuk gambar (Google Map pun bole) kat mana laluan tu?
5.Pernah tak kau lalu situ?Best?

sila jawap ye kalau kau baca nih.mana tahu boleh kongsi pengalaman.

hasil dari tontonan aku terhadap cerita nih, mula2 tu memang lah best.5minit pertama je lah best sebab dalam poster tu cakap 'pengalaman benar dari mata saksi'.5minit pertama tu je lah yang pengalaman benar.yang lain tu rekaan belaka, dan selebihnya cerita pasal 2kapel nih pulak.sedikit kecewa sebab isu karak dah tenggelam start tengah cerita.macam benda yang berlaku tu boleh je nak berlaku kat mana2 pun selain kat karak.

tapi takpe la rekaan pun sebab dalam cerita ni ada adegan Kila Fairy memakai kain batik pegi mandi kat telaga.cokeng. bole kasi up satu bintang kat situ la.hantu2 dalam cerita ni cukup sifat.tapi tak cukup ngeri la.mungkin boleh improve lagi dari segi choreograph dan composition tuh.cewah.pastu mungkin diorang ni tak kaji betul2 macamana hantu punya behavior dan cara hidup mereka sebab aku rasa watak hantu yang dimainkan oleh pelakon2 handalan di dalam muvi tersebut agak keno kecing.

hacing tak hacing pun,baik la cerita ni dari Potret Mistik tu yang memaparkan (seorang?) hantu bermain Hand Shadow kat hospital. kesian hantu potret mistik tu berusaha keras untuk menampakkan dirinya kepada mangsa.

aku bagi 3.5 bintang.



2 comments:

Perenang Tegar said...

moral of the story..... kalu nk baca ayat kursi jgn bukak surat Yasin...

tanpanamak said...

haha... 2nd~!

Iklan Berbayar