perkara ni perkara lama. dulu-dulu masa first time terlibat dalam scene ni. kalu dop silap, jaman ritu skoloh rendah lagi. tahap 1. pertama kali orang mati dalam hidup aku. aku tak reti sangat, yg aku tau maskman pukul 5.30ptg.
malam ritu ramai org datang kat rumah atuk aku. aku pun takpaham. yang pasti maskman ptg tadi terlepas. ade baju melayu, ade t-shirt, ade kemeja, semua nya kain pelekat. gaya macam hari jumaat. yang perempuan plak di dapur. sibuk jadah tah. macam ade kenduri.
lepas isya' semua berlikung satu sudut. pelik. ade bacaan dari sorang gaya macam org lama. pastu semua ikut. makin lama makin terpegun aku tengok.
aku ade tanya mak aku, nape gaya sorang2 macam kene rasuk.
malam tu aku tido awal.sakit pipi.
No comments:
Post a Comment