Ngepeng sikit2

19 March 2011

the differences between a local non professional football club and local professional football club

kepada peminat-peminat bolasepak Malaysia, anda pasti kenal Liga Super dan Liga Perdana. kalau anda tak kenal, maka anda belum true. kepada mereka-mereka yang true, anda pasti kenal pasukan bolasepak POS Malaysia. POS Malaysia adalah pasukan bolasepak professional di Malaysia. tak pelik kalau anda tak kenal. hari-hari masuk akhbar. semua pemain-pemain mereka adalah pemain professional. jurulatih mereka adalah Mat Zan Mat Aris, bekas jurulatih pasukan bolasepakKL Plus. seorang jurulatih yang famous amos.

tapi adakah anda kenal dengan pasukan bolasepak Sinar Harian Kelantan? saya jamin tak ramai yang kenal. aci kerat jari. bagaimana pula dengan pemain-pemain mereka? pasukan pun tak kenal, ini pula pemain-pemain mereka yang tidak bersohor lagi tak professional. kalau adik kakak nak tahu, pasukan bolasepak Sinar Harian Kelantan adalah sebuah kelab bolasepak bukan professional tempatan. mereka tidak bermain dalam mana-mana liga yang diiktiraf FAM pun.

apa kaitan kedua-dua pasukan di atas? kaitan nya ada pada 1 perlawanan persahabatan di Stadium de Kubang Kerian 2 High School. POS Malaysia turunkan separuh pemain simpanan mereka yang beraksi dalam Liga Perdana manakala separuh lagi pemain POS Malaysia Kota Bharu. Sinar Harian Kelantan bagaimana? mereka menurunkan operator-operator kilang suratkhabar mereka bersama dengan bos mereka. anda terkejut? rilek dulu. cerita ini belum sampai klimaks lagi. jangan pancut awal. kawal tenaga anda.

cuba anda bayangkan kesudahan perlawanan ini? sengitkah perlawanan ini? lajukah tempo perlawanan? banyakkah gerakan-gerakan menarik? bagaimana dengan keputusan perlawanan ini?

Sinar Harian Kelantan 1-6 POS Malaysia.

tu dio! ambik nok! salah seorang operator kilang boleh sumbat gol rembatan kencang leret menewaskan goalkeeper Liga Perdana. Diulangi, GOALKEEPER LIGA PERDANA. pedulikan 6 gol bolos itu. goalkeeper kampung memang la. glove pun beli brand FBT. macam mana nak tepis bola laju. sekali tepis, putus benang-benang jahitan.

moral of the story: jangan kutuk kelab-kelab pasukan bolasepak professional di Malaysia. mereka berada pada tahap yang tinggi pah langit berbanding kita yang bermain di kampung. stamina satu hal, tempo game laju macam mana nak lawan?

p/s: abe mat banggo sero bule lawe sek liga perdana. mene kaloh suku kiro, lawe dulu!


No comments:

Iklan Berbayar