Ngepeng sikit2

12 February 2011

Janakuasa Elektrik Nuklear dan Konvensional, gapo bezo dio???

Kebanyakan orang berfikir bahawa penjanaan kuasa elektrik melalui tenaga nuklear merupakan suatu konsep yang berbeza berbanding dengan stesen janakuasa elektrik konvensional (arang batu, gas , petroleum dsb). Mereka percaya bahawa konsep dan rekabentuk stesen janakuasa tenaga nuklear sangat kompleks terutamanya berkaitan dengan kaedah penjanaan untuk menghasilkan elektrik.

TIDAK!!

Kedua-dua kuasa jenis janakuasa memiliki konsep yang hampir sama untuk menghasilkan tenaga elektrik. Wap air yang dihasilkan akan memutarkan turbin. Tenaga dari turbin akan ditukarkan menjadi tenaga elektrik oleh generator. Seterusnya, stim akan disejukkan oleh kondensor dan seluruh proses akan bermula kembali. Gambarajah di bawah ini akan membantu anda untuk membayangkan tentang konsep penjanaan tenaga elektrik.





Gambarajah Stesen Janakuasa Nuklear


Bolehkah anda melihat perbezaannya????

Persamaan:

* Penjana Stim: Kedua-duanya menghasilkan stim. (Lingkaran Merah)

* Turbin: Kedua-duanya mempunyai turbin. (Lingkaran Kuning)

* Generator: Kedua-dua janakuasa memerlukan generator untuk menghasilkan elektrik. (Lingkaran Hijau)

* Kondensor: Kedua-dua janakuasa perlu untuk menghilangkan haba berlebihan. (Lingkaran Coklat)

Jadi, apakah perbezaan sebenar kedua-duanya?

Perbezaan yang ketara antara janakuasa konvensional dan janakuasa tenaga nuklear adalah janakuasa tenaga nuklear menghasilkan haba melalui reaktor nuklear sedangkan janakuasa elektrik konvensional membakar bahan api fosil (arang batu / minyak / gas) di dalam dandang untuk mendapatkan haba yang menghasilkan stim. (Lingkaran Jingga).

Dari rajah di bawah ini, anda akan memahami perbezaannya. Ia hanyalah cara yang berbeza untuk menghasilkan haba yang menjana stim tidak kira bagi janakuasa tenaga nuklear mahupun untuk janakuasa konvensional.



Iklan Berbayar