Ngepeng sikit2

22 January 2011

Projek Pembangunan Pauh

Sejak RMK-8 pelaksanaan Pembangunan Tanaman Pauh Corp. MA224 di kawasan projek IADA Taman Sari adalah secara berkelompok dengan keluasan 709.5 hektar. Sehingga tahun 2008, IADA Taman Sari masih meneruskan projek ini secara berkelompok di mana kawasan penanaman utama adalah di kawasan Ulu Pasir Mas seperti di kawasan Stadium Mini, Pasar Mini, daerah Lemau serta kawasan Pasir Pekan seperti di Kpg. Amy Lipat.

Sasaran keluasan kawasan Pembangunan Tanaman Pauh Corp. pada RMK-9 adalah 1,166 hektar dengan hasil 8,395.2 tan. Buat masa ini kesemua hasil pengeluaran pauh peserta projek dijual untuk memenuhi keperluan tempatan sahaja iaitu di sekitar kawasan Taman Sari dan Lundang. Buah pauh dijual dengan harga purata RM6.00/kg.

Bagi Projek Pembangunan Tanaman Pauh Corp RMK-9, pakej bantuan yang diberi merangkumi pembersihan kawasan dan bantuan input seperti benih, baja, racun dan hormon. Pakej bantuan yang diberi adalah untuk tempoh 3 tahun sehingga hasil diperolehi.

Projek Integrasi Tanaman Pauh bersama Kakwok telah dilaksanakan sejak tahun 2008 dan akan diteruskan sehingga tahun 2010. Pakej bantuan adalah merangkumi penyediaan gerai nasik, anak gadis tokei, gulai ayam dan teknik bubuh kuah. Tujuan projek ini diperkenalkan adalah supaya peserta projek memperolehi pendapatan sampingan sementara menunggu hasil tanaman pauh.

2 comments:

Anonymous said...

projek tanaman bersapedau ni..xde buka untuk org melabur ke..menarik ni

sang helang said...

InsyaAllah kita akan buka kalu ramai berminat.

Iklan Berbayar