Ngepeng sikit2

27 May 2014

Kisah Umar Al Khattab

PART 1

"Mana ter? lorat teh" ..soal Saad bersahaja,

"Bizi. bizi.." .. jawab Umar kalut

Umar bergerak pantas. Tangannya memikul pedang yang tajam. Pedang yang menjadi tunjang kekuatannya.

"Kalut mano gak. ngeteh lu." ...Saad memberi idea.

"Huk ah. tiko ore kalut ni la dio nok ajok lepok" ...Umar mengeluh.

"Siap nga pedey duk kelek tu nok g mano?".. Saad kehairanan..

"Muhammad ado mano. Aku nok tetok yo ari ni jugok.." .. jawab Umar yakin.

"Erk.. gila fanatik ngak mung ari ni" ..sambung Saad.

Kisah pengislaman Hamzah telah tersebar di seluruh Kota Mekah. Pengislaman Hamzah telah menjadikan kedudukan orang kafir Quraisy di Mekah terjejas. Abang-abang long kawasan seperti Hamzah sudah mula melindungi orang Islam dari di ganggu orang Quraisy. Begitu juga dengan islamnya Saad bin Abi Waqas, Robin Hood orang islam.

Abu Jahal yang tidak senang duduk,saru otak dan serabut perut telah mengarahkan Umar al-Khattab, yakni abang long cawangan lain untuk membuat kira hal ini dengan Muhammad.

"Aih, ni nga mu mu aku tetok Saad," .. warning Umar setelah mengetahui Saad telah memeluk Islam.

Lantas tangan Saad memegang pedang yang tergantung di pinggangnya, sambil berkata..

"Haa masuk.. masuk.."




PART 2

Perbualan antara Umar dan Saad bersambung dengan teka teki..

"Uma, mu nok tahu dop?"

"Gapo?"

"Mu jange kejut"

"Gapo ni? Gapo ni?"

"Adik mung,Mah.. Nga laki dio.."

"Bakpo ngan sek tuh?"

"Sek dio molo Muhammad doh"..

"heh?!"

"haaa g la uruh hal family mu dulu sblum mu nok wat kiro ngan Muhammad.."

Sungguh terkejut Umar mendengar khabar berita ini. Kini fikiran dia mula ke laut.. daripada nak mencari Muhammad, dia perlu berpatah balik mencari adiknya.

Kalut.

Umar bergegas beredar dari tempat pertemuannya dengan Saad menuju ke rumah adiknya.

"Umar!" .. jerit Saad ketika Umar mula beredar..

"yup!" ..sahut Umar.

"Bleh doh slow-slow".. Saad menyakat.

"Ah!".. Umar bertegas.


PART 3

"Mahhh ooo mah!! Bukok pintu ni! Aku denga ado soro jate lain dale umoh mung ni. Baik mu bukok, ketidok jahane pitu ni aku perelai..." ...kata Umar sebaik sahaja tiba di depan rumah adiknya.

Dalam keadaan tercungap cungap, Umar menantikan pembukaan pintu dihadapannya dengan tidak sabar. Suasana menjadi tenang. Tiada sebarang suara dan runuk bunyi lagi kedengaran.

"PANGGG!!!" ...sekali lagi ketukan pintu secara kuat dilakukan oleh Umar...

"BUKOKK LA WEH! Xsoh koya nk nusuk lah!".. Sambung Umar lagi.


PART 4

Perlahan-lahan pintu yang hampir dipecahkan itu dibuka.Umar menolak badan adiknya sehingga hampir jatuh lalu menerjah masuk. Kelihatan Said kaku di hadapannya. Menggigil kakinya ketakutan.

"Soro sapo tadi Mah? Aku denga ado soro jate lain. Jate mano tu mu wat kelik?".. tanya Umar dengan tegas. Tangannya menggenggam erat.

"Mano ado peyioh.Takdop sapo-sapo lah!.. Aku nga said jah la!".. jawab adiknya.Sambil buat muka kaver tak bersalah.

"Blawok! Jange nk kecim aku"

"Sungguh la.., mu ni bakpo abe?"

Umar masih belum puas hati dengan jawapan adiknya.Dia melihat ke kiri ke kanan sambil tangannya menolak-nolak perabot di dalam rumah adiknya."Main main la budok jame loni.." bisik Umar perlahan lahan. Tiba tiba Umar terlihat sesuatu pada adiknya.

"Tuh gapo tange mu tu Mah?" .. sergah Umar sambil menujuk dengan mata,hidung dan mulut pada arah adiknya.

"JANGE WI!" .. teriak Said sambil bergerak ke arah isterinya untuk melindungi.

"DISSHH~~!".. tepat siku Umar tertepet di dada Said.Terduduk Said terkena pukulan padu siku Umar.

"Mu toksoh kaca Said..skali nga mu aku repih tekok kekgi.. baek mu duk jauh".. warning Umar pada Said.

Dengan mata yang garang, Umar memalingkan wajah ke arah adiknya. Lalu mengcekak pinggang dan bertanya..

"Aku denga mu Murtad?"


PART 5

Pergelutan antara Umar dan Said telah berlaku. Siku menyiku, lutut melutut yang tidak terkawal telah menyebabkan Umar ter"tet" adiknya yang cuba mengawal keadaan. Rentetan dari itu adiknya yang jatuh telah terhantuk di kepala sehingga menyebabkan pendarahan.

"Mah sori Mah.. Abe dok sengajo, Mah ok Mah? Dddaroh tu.." ..rintih Umar kepada adiknya.

"Ah, gini lah saye abe ko Mah. Mah huk abe saye pun abe sanggup wat gini.." ..balas adiknya.

"Mah sori aa Mah. Abe takdop niat pun.. Abe cumo.. Abe cumo.. Abe nk tgk jah gapo huk Mah pege tu.. Abe janji dok wat krenak. Please Mah.. Abe janji.." ..rayu Umar kepada adiknya.

Setelah sekian minit cubaan memujuk oleh Umar, akhirnya adiknya bersetuju.

"Holah holah, Mah cayo ko abe. Tapi abe janji dok krenak?"..sambil menggerakkan jari kelingking tanda perjanjian temeterai..

"Ho abe janji"..janji Umar lagi.

"Abe tu g mandi luh. Abe tu cema. Kotor kekgi goni."


PART 6

Setelah siap mandi manda. Akhirnya Umar telah mendapat izin untuk melihat apa yang dipegang adiknya.

"Hoh, pege molek. Buke bare main-main tu"..arah adiknya tegas.

Sejurus membaca keratan kertas yang bertulis itu, raut wajah Umar berubah. Dahinya berkerut.Bibirnya is something. Lalu dia menggelengkan kepalanya..

"Bijok.. Bijok.. Ni la puisi puisi huk aku denga spo ado ore baco tadi. Mu bleh mano goni?" ..soal Umar dalam kebingungan.

"Gak Bakpo?" ..soal Fatimah. Oh ya adik Umar namanya Fatimah.

"Ni buke puisi ore biaso tulis ni.. Bezoo.." .. Umar menjawab dalam kagum.

"Ni huk Muhammad wi.. " ..kata Fatimah lagi.

"Mustahil Mah.. Ni buke ayat ore biaso. Muhammad dok skoloh."..Umar jawab dalam tak percaya.

"Memei la. Tu ayat dari Tuhe ko Muhammad untuk kito semo".. Jawab Fatimah yakin.

Umar terdiam. Sejenak. Burung berkicauan. Termenung. Lalu..

"Mu oyak ko aku Muhammad duk mano loni. Aku nok wat kiro nga dio"

"Mah xtahu abe.." ..jawab Fatimah berahsia.

Tiba-tiba keluar seseorang lelaki dari tempat persembunyian.Khabab namanya. Dari celah celah fabrik yang mewarnai rumah Fatimah. Lama juga dia sembunyi.

"Umar weh, aku ngarap benar Allah mmakbul doa Muhammad ke mung" .. Khabbab berkata sesuatu.

" Bakpo mu oyak gtu?"

"Sebab smale aku denga Muhammad do'o, ...ya Allah, kuatkanlah Islam dengan salah seorang antara 2 Umar, Amr Bin Hisyam(Abu Jahal), atau Umar al Khattab."..sambung Khabbab lagi.

Umar sentap.

"Mah buke murtad abe.. Mah kembali ke jalan yang benar.." ..Fatimah menyambung lagi.

Umar 2x sentap.

****************

Lembaran yang di baca Umar di rumah Fatimah al Khattab dan Said bin Zaid ialah surah Taha:1-3;

"Taa-haa.Tidaklah kami turunkan Al-Quran kepadamu untuk menyusahkanmu, tetapi sebagai peringatan kepada orang yang takut kepada Allah."

Iklan Berbayar