Ngepeng sikit2

31 October 2011

Logam...



Yeyeahhh....., pegalaman saya adalah - metalheads akan mendapat half-cut paling mantap dari budak2 shuffle, skaters ko, hipop ko walau budak silat sekali pun. Sekian

29 October 2011

mencari ketanangan

mari lah kita tidak menenagkan diri seketika dengan video tidak berapa tenang ini.

tidak tenang 1

       "mandi sungai... mandi jangan bawak phone.. nanti hilangg.."


tidak tenang 2

          "dia ni kuat, suka menembak dan suka ditembak juga wo... "

tidak tenang 3

               "ingat bila orang ucap Assalamualaikum.. ko kene jawab..."

25 October 2011

1enam


bukan niat nak provoke, tapi kalah besar kot. takkan bemat takmau cerita langsung. pluang kot nk nganying ni. hihi 0h 1-6..

bukan cerita pasal fergusan xpower, atau why always me tu power, tapi cerita 3 gol dalam nak habis masa. budak arsenal tgh cakap besar kot tika ini. team kelantan pun pernah buat 4 gol dalam 10 minit. amy da mula ngaku dia team lain.

orang kata pasal najid ajok tengok bolo. dulu najid ajok tengok bolo pum kaloh jugok. tapi aku nak kata dah xda keje sangat ke sampai bole lepak tengok team kalah bolo.

hish.. najid najid.. oblong lah!

- Posted via friend's iPod

22 October 2011

kitaran kipas nombo satu memang dah cukup sejuk. kene pula gaya tinggal di tingkat tujuh kuaters kerajaan 1malaysia. dah macam eskimo.

bila celik je mata, rasa nk bangun memang liat. ikram panggil morning stroke. ni lah gaya kalo tido lewat. nok bangun awa malah.

dingin-dingin ni sronok jugak berasap. duduk pula kat sofa tepi balkoni.fuh stim stim..

cilake tul, lepak smalam punya pasal rokok untuk ari ni da habis bekalan


- Posted via friend's iPod

sap sap sui!

gua ada member. member gua ni ada member dia. member kepada member gua ni kenal seorang bookie bola sepak. gua tak kenal siapa bookie tu. nama pun tak tahu. yang gua tahu bookie ni lebih kurang entrepreneur. tak kira apa barang, kalau barang tu ada kaitan dengan duit, memang mereka akan kehel sampai jadi.

jadi nya, member kepada member gua ni beritahu kat member gua yang bookie tu cakap final Piala Malaysia tahun ni antara Selangor lawan T-Team. Terengganu tak masuk, Negeri Sembilan tak masuk. lepas member gua beritahu pasal ni, gua tiba-tiba terperangkap dalam dilema. kejap senyum, kejap berkerut dahi.

benda pasal teori kenapa bookie pilih Selangor tahun ni gua tak nak cerita sebab lu orang boleh fikir kenapa. tapi lu orang kena mempunyai mentaliti atau berfikiran seperti seorang entrepreneur dulu baru lu orang boleh tahu kenapa. lepas gua sedar dalam dilema, satu soalan je yang member gua tanya.

"apa macam mat? Selangor ke T-Team? gua ingat nak masuk 500, Selangor. "

"rilek dulu. gua nak tengok lepas malam esok. tengok apa drama dua-dua team ni main."


17 October 2011

Akhirnya...


Saya dah konvo...sekian terima kasih...

16 October 2011

khurafat dalam bola



sepanjang karier saya melihat bola sepak moden ini,  saya terkelih ada beberapa perkara khurafat moden yang di lakukan sebelum,ketika dan selepas perlawanan bola sepak. saya kurang pasti adakah perkara-perkara ajaran sesat ini dibawa dari barat atau ciptaan orang tempatan.

sium tiang gol. antara nya selalu dilakukan oleh penjaga gol untuk mengekalkan kekebalan gol dari di bolosi. konon lah sangat nyer kalau di sium tiang gol itu, tiang gol akan memahami maksud tolong jangan bagi bolos. haha..

cium bola. perkara ini pula merujukan kepada mengharapkan sesuatu magik berlaku. cium pada bola sbelum menyepak stop ball dengan harapan bola itu dapat masuk gol. pelik kan? tapi benar.

touch the goal net. ok khurafat ini pula cara mematikan atau memusnahkan sumpahan gol takkan dibolosi yang telah dikunci. jika bola susah sangat nak masuk gol. pemain bola akan gebang-gebang jaring gol seperti menghalau jin yang menjaga pintu gol.

mencurahkan air minuman dalam gol. saya tengok jarang berlaku yang ini. tapi ada. pemain mencurahkan air botol dalam gol dengan harapan ianya adalah jampi sure kebal gol tak masuk ini. tapi pada saya ia lebih kepada kufur nikmat. air ko curah-curah merata. buang rezeki dowh.

cium padang. ini pun selalu ada. pasukan yang menang dalam perlawanan.. sujud mencium padang. udah lah membelakangi kiblat. hish..

gantung kain di gol. dalam beberapa perlawanan bola sepak tempatan. ada pemain yang percaya bahawa jika terdapat kain dalam kawasan gol. kain itu adalah kain sakti. gol itu tak boleh ditembusi.

menyembah bumi. ok yang ini, takle tak kene. atau takle tak parah pun. tapi dia punya jatuh. umpama nak mati. macam kaki dah patah. dilakukan dengan harapan dapat free kick, foul, card, penalti. oh ni kira khurafat gak ke?

p/s: hihi gambar awek bikini main bola takde kaitan. saya google cari tak jumpa.

14 October 2011

kisah hari ini

cerita sehingga hari ini sangat menarik. kerana sy di beritahu oleh pihak parlimen dan para-para menteri. harga rokok dan arak tak naik. ini sebabkan najib tak cakap apa2 pun dalam belanjawan. kalo peruncit menaik tarafkan harga rokok. itu memang lancau. sekian.

12 October 2011

you're the man, shakir shaari

main bola sedap.
passing bola sedap.
reduk bola so makar sedap.
gomo ore pun sedap jugok.
biso ado, bekeng ado.
bako besi berani, bukan besi penakut.

demo meme kemah shakir. tobak kemah. demo jantan idola kawe. demo yah satu!

11 October 2011

laporan sukan bola sepak kelantan

piala malaysia baru ni, kelantan tertemu terengganu di stadium tranu.
kelantan kalah. tapi kelantan power. kelantan berjaya debik beberapa pemain terengganu.
pada gua.. kalah kali kalah yg power. bak kata sokernet. padu.

next match timbal balik, main kat kb. gua tak harap sangat menang. gua harap padu lagi.


06 October 2011

Hikayat Episod 5

Tuan Muda Pauh membuka mata secara koho - koho. Dia menggeliat sedikit, membetulkan urat yang tersalah parking. "Terjenero dalam posisi cangkung adalah satu kesilapan yang bisa membawa padah di masa hadapan. Lelaki sejati harus berfikir jauh tentang kekuatan pinggang agar bakanya terjaga." Pesan Pendita Lipat, tengiang-ngiang di telinga Tuan Muda Pauh. Dia pantas berdiri dan menghirup udara malam sedalam-dalamnya. Matanya meliar mencari teman seperguruannya. Kedengaran ada bunyi halus di kepala kapal nelayan yang menjadi kenderaan dan tempat bermalamnya. Tuan Muda Pauh cermat mengatur langkah ke sosok tersebut supaya tidak mengejutkan anak - anak kapal lain.

" Tuan hamba tidak tidur?" tanya Tuan Muda Pauh sambil mengeyeh tahi mata.

Kruk krak, kruk krak..... " Hamba lapar perut," kata Sang Dugung sambil meranggoh sebiji buah topoh. Matanya jauh memandang ke hadapan, ke tengah lautan luas di malam buta. Gelap gelemat, bintang pun malu hendak keluar. " Huh, orang berpesan bawa Ipad, tuan hamba enggan, sekarang sudah bosan kabo letewww," seloroh Tuan Muda Pauh. " Tengah laut begini mana ada 3G, wifi jangan fikirlah," kata Sang Dugung sambil membaling teras topoh jauh ke laut. " Koleksi wayang kulit hamba pun jadi jika dilayan," jawab Tuan Muda Pauh pendek. Sang Dugung mendengus perlahan sambil mengambil buah lai cina dari dalam galas kain batik. " Hulur buah topoh sutir," pinta Tuan Muda Pauh. " Topoh habis, lai cina sahaja yang ada." " Baso bucik, makan tidak ingat orang," Tuan Muda komplen dalam hati.

Fikiran Tuan Muda pauh melayang mengenangkan misi yang diberikan oleh guru mereka. Menumpaskan sindiket jahat Saudagar Atar Dainan bukan hal yang boleh diperkecilkan. Sebut sahaja maulana Dainan dari Senegal dalam perbualan bisa membuatkan orang di kedai kopi tidak sedap duduk. Bukan sedikit cerita tentang Maulana Dainan. Harta Maulana Dainan sudah setinggi bukit, ilmu yang dimiliki pula setinggi langit. Khabarnya Maulana Dainan mampu berulang alik dari negeri asalnya, Negri Senegal ke Tanah Meseng dalam masa sekerat hari sahaja. Peri kejahatan jangan dicerita, hulu hilir rata negeri sudah tahu. Sekiranya Pendita Lipat sudah menurunkan misi sudut sukar ini kepada mereka berdua, alamatnya sudah dekat dengan tamat perguruan adanya. "Serok rokok sapa habih, serok kopi tinggal sikit." pesan Pendita Lipat sebelum mereka memulakan misi ini. Maksudnya setiap pekerjaan itu berlainan, walaupun nampak sama pada amalan.

Tiba - tiba Sang Dugung berkata " hamba berfirasat tidak baik mengenai misi kali ini." suasana bertukar menjaid serius. " Adakah kerana kehebatan Maulana Dainan Sengenal yang digege-gegekan itu membuatkan tuan hamba tidak sedap hati?'' tanya Tuan Muda Pauh. " Jolo jugak..." jawab Sang Dugung pendek. "Tapi....." ayatnya tergantung di situ. Sang Dugung terdiam, agak lama. Tuan Muda Pauh tidak sedap menunggu ayat tergantung. "Tapi gedio tuan hamba?!" tanyanya separuh menjerit. Sang Dugung terkanjak sedikit mendengar ketidaksabaran sahabatnya itu. " Hamba mahu menunjukkan tuan hamba sesuatu, tenangkan hati terlebih dahulu." kata Sang Dugung. Dia perlahan - lahan mengambil galas kain batik di kakinya dan mengeluarkan sebilah kelewe.

" Tidak salah hamba ini Kelewe Pelipat milik tuk guru. Mengapa boleh ada dengan tuan hamba?" tanya Tuan Muda Pauh. Hatinya berbaur perasaan terkejut, konfius dan lapar perut. Kelewe pelipat adalah harta kesayangan dan senjata utama guru mereka. "Tuk guru meminjamkan hamba kelewe ini beserta segala rahsianya. Dia juga berpesan jangan sesekali dikeluarkan kelewe ini kecuali pada ketika yang perlu dan mengizinkan sahaja. Tapi tidak salah hamba jika ditunjukkan kepada tuan hamba. Ini bukan pertama kali kita melihatnya, dih? " Tapi, bakpa tuk guru meminjamkan kelewe keramat ini kepada tuan hamba?" soal Tuan Muda Pauh. "Barangkali tuk guru merasakan untuk menewaskan manusia sebiso Maulana Dainan, senjata seperti Kelewe Pelipat ini satu kemestian. Kita berdua hanyalah manusia yang masih dalam perguruan, ilmu masih cetek. Tanpa kelewe keramat ini, kita tidak berpeluang sama sekali. Apatah lagi Maulana Dainan itu ahli dalam ilmu bau - bauan, ilmu yang asal dari Negri Senegal. Ilmu asing bagi kita." jawab Sang Dugung panjang.

"Sekiranya sebegitu biso Maulana Dainan Senegal, mengapa tidak tuk guru sahaja yang pergi. Sebaliknya kita yang muda ini yang diarahnya pula?" ujar Tuan Muda Pauh. Sang Dugung tersengih " Entahlah sahabat, mungkin tuk guru mahu menguji kita. Mungkin dia sudah nampak apa yang berselindung dari kita. Tetapi sekiranya Kelewe Pelipat sudah diamanahkan, tidak syak lagi kita bakal mengharung lautan darah." Tuan Muda Pauh telan air liur. Dari kepala kapal nelayan tersebut, Tuan Muda Pauh ternampak kelip-kelip api, bau minyak atar seperti menari - nari di udara, tanda pengkalan rahsia Maulana Dainan sudah dekat. Mengenang kembali kata - kata sahabatnya tadi, Tuan Muda Pauh tersenyum sini.

Gol paling hebat... ko?




Supo skalo lah, Astro Arena ni masih pilih gol-gol jarak jauh, rembat kuat-kuat.

04 October 2011

rank #7

gua dengar citer red warrior dapat rank ketujuh kelab paling power dalam asean. betul ke?
power benor kalo cenggitu. team lain? kurang buat frenly kot jadi point tak naik.. hurm..

03 October 2011

sudut #5

secara perlahan wanita itu berjalan masuk. setiap langkah dia di iringi dengan cahaya kelip-kelip. serabut betul orang job ni. seperti kilat sabung menyabung. para wartawan pro kerajaan memang laju. pasti cerita gempak sahaja akan dicatatkan. cakap lebih.

budak-budak ramai histeria. menjerit. melalak.menghulur tangan konon nak 'high-5' sedikit sedikit dari jauh kedengaran jugak bunyi boo. sipi-sipi aje.

dari sudut perdepangan. aku nampak wanita tu melangkah stret depan aku.gemuk. rambut keras. melalui liku-liku wartawan bolok-wok ini, aku berlari laju. lebih laju dari benouyin pemain arsenal tu lari.setiba beberapa langkah nak sampai kepada wanita itu, aku melompat. melompat selaju mungkin. dan ku halakan kaki kanan ku.

padu di perut tapak kaki itu bertemu. rebah seperti baru lepas main.

"kau ingat.. kau ingat.. " sambil menuding jari telunjuk.. aku buat muka bengis.

kelihatan polis mula kalut. huru hara budak budak lain mula bingit.namun aku tenang tapi berdebar.

aku keluarkan sebatang rokok dan lighter criket. sambil menyucuh rokok dan menyedut asap. aku dengar org panggil aku dari arah belakang.. "hoi"

sedang aku berpaling..

"paaannggg!!"... semuanya gelap.

Iklan Berbayar